Terima Kasih Kerana Melawat Blog Ini

Terima Kasih Kerana Melawat Blog Ini!

Tuesday, March 31, 2020

Islam bermula dari akidah

Assalamuailaikum wbt. Tazkirah ringkas pada kali ini, adalah kita membicarakan akidah. Setiap muslim yang mukallaf mesti berpegang kepada akidah, kerana akidah itulah yang menentukan keimanan kita. Wajib beriman dengan Allah terkandung didalam Rukun Iman. Awalluddin makrifatullah (Awal agama itu mengenal Allah).

Kalau ditanyakan kepada orang kafir, siapa yang menjadikan langit dan bumi pasti mereka akan kata Allah, begitu juga kalau ditanya kepada orang Islam, mereka akan berikan jawapan iaitu Allah. Tuhan bagi orang kafir telah dijadikan sembahannya patung berhala dalam bentuk dijelmakan untuk dijadikan sembahannya. 

Rukun Iman pertama percaya kepada Allah, tetapi kita tak kenal Allah. Untuk mengetahui kita kenal atau tidak Allah Taala, kita tanya kepada diri kita sendiri. Adakah kita dilahirkan kedunia ini atas pilihan kita sendiri? semua akan menjawab tidak. Kerana kelahiran kita didunia ini adalah pilihan dari Allah. Adakah kita dipilih atau tidak terpilih, mestilah dipilih oleh Allah adalah yang terbaik.

Kalau di pilih oleh Allah adalah yang terbaik, dimana baiknya Allah pilih kita lahir kedunia ini? dan apakah tujuan Allah melahirkan manusia ke dunia? Ianya tidak lain hanya untuk mengabdikan diri pada Allah Taala. Dalil  adalah surah Al Dhariyat ayat 56 Allah berfirman, "Tidak ku ciptakan makhluk jin dan manusia melainkan tujuan penciptaan itu ialah kedua-dua mengabdi kepada Allah".

Ibu Abbas. Tidak diciptakan jin dan manusia melainkan untuk mengenal akan Allah.lalu beribadah kepada Nya -

Kalau kita sembah Allah tapi kita tidak kenal Allah, kita sembah siapa? Sebab itu kita diajar "awal agama mengenal Allah", kalau kita sudah kenal Allah, lalu dengan mengenal Allah itu, ibadah kita dengan betul.

Hadis qudsi; "Aku adalah perbendaharaan yang tersembunyi (I am the hidden treasure) sukalah aku supaya aku dikenal, (I like to be known) aku ciptakan makluk dengan itu dia akan kenal akan aku".





PERMULAAN PENCIPTAAN

Bismillahir Rahmanir Rahim

Semoga Allah s.w.t memberikan kita kejayaan di dalam amalan-amalan kita yang disukai-Nya dan Semoga kita memperolehi keredaan-Nya. Fikirkan dan fahamkan apa yang dihuraikan berikut:.

Allah Yang Maha Tinggi pada permulaannya menciptakan cahaya Muhammad daripada cahaya suci Keindahan-Nya. Dalam hadis Qudsi Dia berfirman:
“Aku ciptakan ruh Muhammad daripada cahaya Wajah-Ku”.

Ini dinyatakan juga oleh Nabi Muhammad s.a.w dengan sabdanya: “Mula-mula Allah ciptakan ruhku. Pada permulaannya diciptakan-Nya sebagai ruh suci”.
“Mula-mula Allah ciptakan qalam”.
“Mula-mula Allah ciptakan akal”.

Apa yang dimaksudkan sebagai ciptaan permulaan itu ialah ciptaan hakikat kepada Nabi Muhammad s.a.w, Kebenaran tentang Muhammad yang tersembunyi. Dia juga diberi nama yang indah-indah. Dia dinamakan nur, cahaya suci, kerana dia dipersucikan dari kegelapan yang tersembunyi di bawah sifat Jalal Allah. Allah Yang Maha Tinggi berfirman yang bermaksud;

"Hai Ahli Kitab sesungguhnya telah datang kepada mu Rasul Kami, menjelaskan kepada mu banyak dari isi Al Kitab yang kamu sembunyikan  dan  banyak pula yang dibiarkannya. “Sesungguhnya telah datang kepada kamu cahaya dari Allah dan kitab yang menerangkan”. (Al-Maaidah, ayat 15)

Dia dinamakan akal yang meliputi (akal universal) kerana dia telah melihat dan mengenali segala-galanya.Dia dinamakan qalam kerana dia menyebarkan hikmah dan ilmu dan dia mencurahkan ilmu ke dalam huruf-huruf.

Roh Muhammad adalah zat atau hakikat kepada segala kejadian, permulaan dan kenyataan alam maya. Baginda s.a.w menyatakan hal ini dengan sabdanya, “Aku daripada Allah dan sekalian yang lain daripadaku”. Allah Yang Maha Tinggi menciptakan sekalian roh-roh daripada roh baginda s.a.w di dalam alam kejadian yang pertama, dalam bentuk yang paling baik. ‘Muhammad’ adalah nama kepada sekalian kemanusiaan di dalam alam arwah. Dia adalah sumber, asal usul dan kediaman bagi sesuatu dan segala-galanya.

bersambung