Assalamualaikum wbt.
Pengajian agama untuk pengisian ilmu supaya memantapkan lagi keimanan
kita kepada Allah swt.
Asas kepada
Aqidah Islam adalah tiga rukun iaitu:
- Rukun Iman
- Rukun Islam
- Rukun Ihsan
Ketiga-tiga
rukun ini adalah soaljawab daripada Malaikat Jibrail kepada Nabi saw, ianya
dipetik daripada Buku ‘Hadis 40 karya Imam Nawawi’ dihadapan para sahabat yang turut
sama mendengarnya. Dialognya
adalah seperti berikut:
Malaikat. “Hai
Muhammad, khabarkan kepada ku darihal Islam”
Nabi SAW
menjawab, “Islam itu ialah bahawa engkau mengaku tiada Tuhan melainkan Allah,
dan bahawasanya Muhammad itu pesuruh Allah, engkau mendirikan sembahyang, dan
engkau keluarkan zakat, dan engkau puasa Ramadan, dan engkau mengerjakan haji
di Baitullah jika engkau sanggup pergi kepadanya”.
Malaikat
berkata” Benarlah engkau. Maka khabarkan kepadaku darihal Iman”
Rasulullah saw
menjawab. “Iman itu bahawa engkau beriman kepada Allah dan MalaikatNya dan
segala kitabNya dan para RasulNya dan hari kemudian dan engkau beriman kepada
taqdir baikNya dan jahatNya”
Malaikat
berkata” Benarlah engkau dan bertanya lagi,” khabarkanlah kepada ku darihal
Ihsan”
Rasulullah saw
menjawab.” Ihsan itu bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah engkau
melihatNya, tetapi jika engkau tidak melihatNya, maka sesungguhnya Ia melihat
engkau”.
Itu
diantaranya intipati daripada pertanyaan Jibrail kepada Nabi saw seperti yang
disebutkan di atas.
Oleh itu, bila
kita belajar Rukun Iman, disitu ada Ilmu Usuluddin, bila kita belajar Rukun Islam
disitu ada Ilmu Feqah dan bila kita belajar Rukun Ihsan disitulah ada Ilmu Tasawuf
Sekarang dihuraikan
secara ringkas Rukun Iman. Rukun Iman
yang pertama adalah percaya kepada Allah. Bagaimana untuk mengenal Allah? Ilmu
Usuluddin yang menerangkan ilmu mengenal
Allah. Ilmu Usuluddin itulah juga adalah ilmu Tauhid. Jadi untuk mengenal
Allah, kita wajib belajar Ilmu Tauhid. Selain daripada Ilmu Tauhid, ia juga
dikenali dengan nama Ilmu Sifat 20 atau Ilmu Kalam atau Ilmu Aqa’idul Iman
(Kesimpulan Iman).
Dimana tempat ambilannya ilmu ini? Tempat ambilannya adalah
terbitan daripada Al Qur’an dan Al Hadis.
Apakah yang
terkandung didalam sifat mengenal Allah? Sifat yang terkandung untuk
mengenaliNya adalah 20 sifat wajib, 20
sifat mustahil dan 1 sifat harus. Ia berjumlah kesemuanya 41 sifat.
Bil
|
Sifat
Wajib (20)
|
Makna
|
Sifat Mustahil
(20)
|
Makna
|
1.
|
Wujud
|
Ada
|
Adam
|
Tiada
|
2.
|
Qidam
|
Sedia ada
|
Huduts
|
Baru
|
3.
|
Baqa’
|
Kekal
|
Fana’
|
Rosak
|
4.
|
Mukhalafatuhu Lilhawadis
|
Berbeza dengan ciptaannya
|
Mumatsalatuhu lilhawadis
|
Sama dengan ciptaanNya
|
5.
|
Qiamuhu binafsih
|
Berdiri dengan sendirinya
|
Ihtiyaju lighairihi Ta’adud
|
Memerlukan yang lain
|
6.
|
Wahdaniah
|
Esa atau tunggal
|
Ta’adud
|
Berbilang
|
7.
|
Qudrat
|
Berkuasa
|
‘Ajzun
|
Lemah
|
8.
|
Iradat
|
Berkehendak
|
Karahah
|
Terpaksa
|
9.
|
Ilmu
|
Mengetahui
|
Jahlun
|
Bodoh
|
10.
|
Hayat
|
Hidup
|
Mautun
|
Mati
|
11.
|
Sama’
|
Mendengar
|
Samamun
|
Tuli
|
12.
|
Basar
|
Melihat
|
Umyun
|
Buta
|
13.
|
Kalam
|
Berkata
|
Bukmum
|
Bisu
|
14.
|
Qadirun
|
Maha Berkuasa
|
‘Ajizun
|
Yang Maha Lemah
|
15.
|
Muridun
|
Maha Berkehendak
|
Mukrahun
|
Yang Maha Terpaksa
|
16.
|
Alimun
|
Maha Mengetahui
|
Jahilun
|
Yang Maha Bodoh
|
17.
|
Hayyun
|
Maha Hidup
|
Mayyitun
|
Yang Mati
|
18.
|
Sami’un
|
Maha Mendengar
|
Ashamma
|
Yang Maha Tuli
|
19.
|
Basirun
|
Maha Melihat
|
A’ma
|
Yang Maha Buta
|
20.
|
Mutakallimun
|
Maha Berbicara
|
Abkama
|
Yang Maha Bisu
|
Sifat Harus
Bagi Allah
Sifat Harus (Jaiz) bagi Allah hanya satu sahaja
iaitu hendak menjadikan (melakukan) sesuatu atau tidak hendak menjadikan (melakukan)
sesuatu.
Semua yang ada di dalam alam ini tidak wajib
adanya. Yang wajib ada hanyalah Allah. Yang selain Allah adalah makhluk.
Makhluk tidak wajib ada melainkan dikehendaki Allah untuk ada. Maka makhluk itu
bersifat harus iaitu ia harus ada, jika dikehendaki Allah dan harus tidak ada,
jika tidak dikehendaki Allah.
Tidak wajib bagi Allah menjadikan sesuatu, ertinya
tiada siapa yang boleh memaksa kehendak Allah. Tidak mustahil bagi Allah
menjadikan sesuatu, ertinya tiada sesiapa yang boleh menghalang kehendak Allah.
Inilah Sifat Harus Allah.
bersambung...