Terima Kasih Kerana Melawat Blog Ini

Terima Kasih Kerana Melawat Blog Ini!

Wednesday, April 1, 2020

ASAS AQIDAH ISLAM


Assalamualaikum wbt. 

Pengajian agama untuk pengisian ilmu supaya memantapkan lagi keimanan kita kepada Allah swt.

Asas kepada Aqidah Islam adalah tiga rukun iaitu:
  • Rukun Iman 
  • Rukun Islam 
  • Rukun Ihsan

Ketiga-tiga rukun ini adalah soaljawab daripada Malaikat Jibrail kepada Nabi saw, ianya dipetik daripada Buku ‘Hadis 40 karya Imam Nawawi’ dihadapan para sahabat yang turut sama mendengarnya. Dialognya adalah seperti berikut:

Malaikat. “Hai Muhammad, khabarkan kepada ku darihal Islam”
Nabi SAW menjawab, “Islam itu ialah bahawa engkau mengaku tiada Tuhan melainkan Allah, dan bahawasanya Muhammad itu pesuruh Allah, engkau mendirikan sembahyang, dan engkau keluarkan zakat, dan engkau puasa Ramadan, dan engkau mengerjakan haji di Baitullah jika engkau sanggup pergi kepadanya”.

Malaikat berkata” Benarlah engkau. Maka khabarkan kepadaku darihal Iman”

Rasulullah saw menjawab. “Iman itu bahawa engkau beriman kepada Allah dan MalaikatNya dan segala kitabNya dan para RasulNya dan hari kemudian dan engkau beriman kepada taqdir baikNya dan jahatNya”

Malaikat berkata” Benarlah engkau dan bertanya lagi,” khabarkanlah kepada ku darihal Ihsan”

Rasulullah saw menjawab.” Ihsan itu bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya, tetapi jika engkau tidak melihatNya, maka sesungguhnya Ia melihat engkau”.

Itu diantaranya intipati daripada pertanyaan Jibrail kepada Nabi saw seperti yang disebutkan di atas.

Oleh itu, bila kita belajar Rukun Iman, disitu ada Ilmu Usuluddin, bila kita belajar Rukun Islam disitu ada Ilmu Feqah dan bila kita belajar Rukun Ihsan disitulah ada Ilmu Tasawuf

Sekarang dihuraikan secara ringkas Rukun Iman.  Rukun Iman yang pertama adalah percaya kepada Allah. Bagaimana untuk mengenal Allah? Ilmu Usuluddin yang menerangkan ilmu mengenal Allah. Ilmu Usuluddin itulah juga adalah ilmu Tauhid. Jadi untuk mengenal Allah, kita wajib belajar Ilmu Tauhid. Selain daripada Ilmu Tauhid, ia juga dikenali dengan nama Ilmu Sifat 20 atau Ilmu Kalam atau Ilmu Aqa’idul Iman (Kesimpulan Iman). 

Dimana tempat ambilannya ilmu ini? Tempat ambilannya adalah terbitan daripada Al Qur’an dan Al Hadis.

Apakah yang terkandung didalam sifat mengenal Allah? Sifat yang terkandung untuk mengenaliNya adalah  20 sifat wajib, 20 sifat mustahil dan 1 sifat harus. Ia berjumlah kesemuanya 41 sifat.

Bil
Sifat Wajib (20)
Makna
Sifat Mustahil (20)
Makna
1.
Wujud
Ada
Adam
Tiada
2.
Qidam
Sedia ada
Huduts
Baru
3.
Baqa’
Kekal
Fana’
Rosak 
4.
Mukhalafatuhu Lilhawadis
Berbeza dengan ciptaannya
Mumatsalatuhu lilhawadis
Sama dengan ciptaanNya
5.
Qiamuhu binafsih
Berdiri dengan sendirinya
Ihtiyaju lighairihi Ta’adud
Memerlukan yang lain
6.
Wahdaniah
Esa atau tunggal
Ta’adud
Berbilang
7.
Qudrat
Berkuasa
‘Ajzun
Lemah
8.
Iradat
Berkehendak
Karahah
Terpaksa
9.
Ilmu
Mengetahui
Jahlun
Bodoh
10.
Hayat
Hidup
Mautun
Mati
11.
Sama’
Mendengar
Samamun
Tuli
12.
Basar
Melihat
Umyun
Buta
13.
Kalam
Berkata
Bukmum
Bisu
14.
Qadirun
Maha Berkuasa
‘Ajizun
Yang Maha Lemah
15.
Muridun
Maha Berkehendak
Mukrahun
Yang Maha Terpaksa
16.
Alimun
Maha Mengetahui
Jahilun
Yang Maha Bodoh
17.
Hayyun
Maha Hidup
Mayyitun
Yang Mati
18.
Sami’un
Maha Mendengar
Ashamma
Yang Maha Tuli
19.
Basirun
Maha Melihat
A’ma
Yang Maha Buta
20.
Mutakallimun
Maha Berbicara
Abkama
Yang Maha Bisu

Sifat Harus Bagi Allah

Sifat Harus (Jaiz) bagi Allah hanya satu sahaja iaitu hendak menjadikan (melakukan) sesuatu atau tidak hendak menjadikan (melakukan) sesuatu.

Semua yang ada di dalam alam ini tidak wajib adanya. Yang wajib ada hanyalah Allah. Yang selain Allah adalah makhluk. Makhluk tidak wajib ada melainkan dikehendaki Allah untuk ada. Maka makhluk itu bersifat harus iaitu ia harus ada, jika dikehendaki Allah dan harus tidak ada, jika tidak dikehendaki Allah.

Tidak wajib bagi Allah menjadikan sesuatu, ertinya tiada siapa yang boleh memaksa kehendak Allah. Tidak mustahil bagi Allah menjadikan sesuatu, ertinya tiada sesiapa yang boleh menghalang kehendak Allah. Inilah Sifat Harus Allah.

bersambung...


No comments: