bersambung dari siri 1
Pada kali ini kita sambung dari keluaran siri 1 yang
lepas mengenai sifat 20. Sifat 20 ini adalah Sifat Ketuhanan dimana ia terbahagi
kepada 4 bahagian iaitu:
2. Sifat Salbiyah – Qidam, Baqa’, Mukhalafatuhu
lilhawadis, Qiamuhu binafsih, Wahdaniyah (5)
3. Sifat Ma’ani – Qudrat, Iradat, Sama’, Basar,
Ilmu, Hayat, Kalam (7)
4. Sifat Ma’nawiyah – Qadirun, Muridun, Samiun,
Basirun, Alimun, Hayyun, Mutakallimun (7)
1. SIFAT NAFSIYAH - Sifat yang terkandung didalam sifat
nafsiah, hanya satu iaitu sifat wujud. Wujud yang membawa maksud ada. Adanya
Allah itu, meliputi segala yang zahir mahupun yang batin. Apakah yang
dimaksudkan sifat nafsiah (menolak)? Sifat nafsiah itu, bermaksud menafikan
kewujudan yang lain selain Allah. Hanya Allah sahaja yang ada dan hanya Allah
sahaja yang wujud. Wujudnya Allah itu, adalah wujud yang disertai sekali dengan
zat, sifat, af'al dan asma'Nya. Zat
Allah itu merupakan sifatNya dan sifat Allah itu adalah juga merupakan
zatNya.
2. SIFAT SALBIYAH - Sifat salbiah itu merujuk kepada kesempurnaan
Allah. Kesempurnaan dalam kebesaran, keagungan, kesucian, ketinggian dan
kekuasaanNya dalam segala-galanya. Lengkap yang tidak ada yang kurang, gagah
yang tidak ada yang lemah, suci yang tidak ada yang kotor dan sebagainya. Tiada
bandingan dengan selainNya. Inilah pengertian salbiah.
3. SIFAT MA'ANI - Pengertian
sifat ma'ani adalah membawa maksud "PERGANTUNGAN". Ma'ani adalah sifat
yang menumpang kepada sifat lain, seumpama sifat hidup yang bergantung kepada
sifat haiyun, seumpama sifat basar, yang bergantung kepada sifat basiron dan
sebagainya. Sifat ma'ani adalah sifat yang bergantung kepada sifat maknawiyah.
Tanpa maknawiyah sifat ma'ani tidak berfungsi. Berfungsinya sifat ma'ani adalah
dengan kerana limpahan rahmat dari sifat maknawiyah (kuasa Allah). Sifat ma'ani
itu, bergantung dan menumpang sifat maknawiyah.
4. SIFAT MA’NAWIYAH - Pengertian sifat maknawiyah itu, membawa maksud
sifat kekuasaan Allah, menjadi tempat pergantungan segala rupa (sifat), nama
(asma'), berperangai (fe'el) dan pergantungan segala berzat (roh) kepadanya.
Ma’nawiyah adalah tempat bergantungnya sifat ma'ani. Contohnya, bergantungnya
sifat mendengar kepada pendengaran Allah, bergantung sifat melihat kepada
penglihatan Allah dan begitulah seterusnya. Seumpama sifat cahaya (ma'ani) yang
bergantung harap kepada sifat matahari (ma’nawiyah).
Begitu jugalah hubungan di antara sifat maknawiyah dengan sifat ma'ani, sebagaimana sifat ma'ani, sebegitulah rupanya sifat ma’nawiyah. Sebagaimana ciptaan, demikianlah penciptanya. Sebagaimana hasil, demikianlah acuannya. Sebagaimana yang awal demikianlah akhirnya, semuanya itu, adalah satu dari segi zatnya, cuma berbeza pada panggilan nama. Sifat Allah dengan hasil nukilannya seumpama bercerai tidak, bersatu tiada. Pencipta (zat) dan ciptaan (sifatnya) adalah satu. Sifat bukan zat tetapi tidak lain dari zat. Sifat ma'ani dengan sifat ma’nawiyah, seumpama wajah orang yang menilik, dengan bayangan wajah di dalam cermin. Sifat ma’nawiyah bermaksud menggambarkan kekuasaan Allah dan kehebatan kekuasaannya. Begitulah secara ringkas keterangan di atas mengenai Rukun Iman yang pertama Kepercayaan kepada Allah, sekarang kita masuk bab rukun Islam, yang pertama iaitu Mengucap Dua Kalimah Syahadah.
Kalimah syahadah pertama adalah kalimah Tauhid mengenai sifat-sifat Ketuhanan sebagaimana yang telah dijelaskan pada siri 1 yang mengandungi 20 sifat wajib, 20 sifat mustahil dan satu sifat harus berjumlah 41 sifat.
Kalimah kedua adalah kalimah Rasul seperti keterangan berikut:
Sifat-Sifat KeRasulan – ada pun sifat yang wajib bagi Rasul ada 4 wajib, 4 mustahil dan satu (1) harus adalah seperti yang dinyatakan dibawah
|
Bil |
Wajib |
Makna |
Mustahil |
Makna |
|
1 |
Siddiq |
Benar |
Qizib |
Dusta |
|
2 |
Amanah |
Jujur |
Khianat |
Tiada kepercayaan |
|
3 |
Tabligh |
Menyampaikan |
Qitman |
Menyembunyikan |
|
4 |
Fathonah |
Cerdik, Bijaksana |
Balaadah |
Bodoh |
Sifat Harus - Harus bagi Rasul memiliki sifat yang dimiliki oleh manusia biasa yang tidak menjejaskan dan membawa kekurangan pada martabat dan kewibawaan mereka sebagai seorang Rasul seperti makan, minum, berkahwin, sakit, tidur dan seumpamanya.
Oleh kerana ruangan ini yang begitu terhad, kita tidak dapat mengupas dan menghuraikan satu persatu dalam sifat 20 Allah Taala secara detail bermula dari sifat Wujud hingga sifat Mutakallimun. Begitu pun juga mengenai sifat-sifat Kerasulan yang 4 wajib, 4 mustahil dan satu harus. Insya’Allah dikesempatan yang lain kita akan terangkan kemudian.
Rukun Islam kedua ialah sembahyang (solat) 5 waktu sehari semalam. Semua diantara kita sudah cukup mengetahui sebenarnya solat 5 waktu tersebut. Solat tersebut adalah Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak. Siri akan datang, bagaimanakah rukun iman, dapat kita bawakan dalam solat seharian?
Rujukan:
1. Hadith 40 – Mustafa Abdul Rahman
2. Aqidatun Najim (Akidah Kaum Terselamat Dari Sesat dan Bid’ah)
- Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani)
3. Kunci Memahami Ilmu Tasawuf – Dr Mustafa Zahri
4. Kelas Tauhid – Al Fadil Ustaz Hj Arifin Harun
5. Risalah Tauhid (Jawi) – Abd Ghani Yahya dan Omar Yusof
No comments:
Post a Comment