bhg. 5
Kemudian Kami jadikan pati itu air mani (yang disimpan) dalam
tempat yang kukuh (rahim ibu)”. (surah (23) Al Mukminun: ayat 13)
· “Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang itu Kami bungkus dengan daging. Kemudian Kami jadikan ia mahkluk yang (berbentuk) lain. Maka Maha Suci Allah, Pencipta Yang Paling Baik”. (Surah (23) Al Mukminun: ayat 14)
p. Mengikut hadis riwayat Bukhari dan
Muslim kejadian “fcotos” dalam Rahim ibu itu adalah seperti berikut:
Tahap 1 : Nutfah - 40 hari
Tahap 2 : Ulqah
(darah beku) - 40 hari
Tahap 3 : Mudhghah
(seketul daging) - 40 hari
120 hari
q. Pada hari ke 120 itu, Allah mengutus seorang malaikat untuk mencatat empat perkara bagi si bayi itu, iaitu:
·
Amal pekerjaannya
·
Rezekinya
·
Ajal maut
· Untung rugi (celaka/tuah)
r. Kemudian “ditiupkan” rohnya ke jantung bayi itu kerana jantung merupakan “istana” tempat bersemayam roh itu. Apabila tiba masanya (Allah sahaja Maha Mengetahui bila), maka terjadilah nafsu. Mengikut Imam Al Ghazali, nafsu serupa dengan jasad tetapi halus. Ia berbadan, berkepala, berkaki tangan, berotak dan sebagainya seperti bentuk seorang manusia juga.
s. Bayi yang dalam Rahim ibunya terus membesar, mendapat rezeki dan tarbiah dengan rahmat Allah, seterusnya akan lahir ke dunia apabila tiba masanya lazimnya 9 bulan 10 hari. Dia akan melalui alam kanak-kanak, alam remaja, alam dewasa, alam tua dan bila waktunya dia akan kembali kepada Allah.
Perolehan Dari Ibu Bapa
t. Manusia memperolehi beberapa perkara
daripada ibu bapa mereka turun temurun
seperti berikut:
·
Daripada ibu
·
Lemak
·
Kulit
·
Darah
·
Air susu
·
Rambut
·
Hempedu
·
Daging
· Isi
Daripada bapa
·
Kulit
·
Halkum
·
Sendi
·
Tengkorak kepala
·
Urat
·
Biji mata
·
Tulang
·
Otak
u. Demikian kejadian jasad kita. Adam dari tanah, Hawa dari Adam dan zuriat mereka seterusnya dari percantuman benih ibu dan bapa.
Mengenal Rohani
v. Setelah mengenal jasmani, maka haruslah kita mengenal rohani pula. Rohani terdiri daripada empat anasir iaitu:
·
Roh
·
Nafsu
·
Akal
· Insan
Roh
w. Mengikut Imam Ghazali r.a. rupa roh adalah
seperti manusia iaitu berkepala, berbadan, berkaki, bertangan dan sebagainya.
Tetapi badannya JISMI LATIF (lemah, lembut, halus). Besarnya sekadar ibu lebah
tetapi cukup dengan kepandaian. Terwujudnya roh adalah sifat QUDRAT Allah.
Nafsu
x. Nafsu diciptakan oleh Allah dari sifat
IradatNya. Yang dimaksudkan dengan nafsu disini ialah Hawa ( هَوًى )
seperti yang difirmankan oleh Allah dalam surah (45) Al Jatsiah: ayat 23
Ertinya, “maka pernah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkan dia sesat berdasarkan ilmunya”
y. Nafsu ( نَفْس )
beroperasi dalam tiga alam seperti berikut:
·
Alam Mulki (jasad)
·
Alam Malakut (hati batin)
· Alam Jabarut (fuad)
Ia tidak mampu memasuki/mempengaruhi di Alam Lahut kerana alam ini adalah alam sirr.
z. Seseorang hamba diwajibkan melawan nafsunya sehingga dia berjaya membersihkan dirinya. Jika dia Berjaya mencapai Alam Lahut (Hakikat), maka dia Berjaya mencapai makam IKHLAS.
Akal
aa. Akal dicipta Allah dari sifat IlmuNya. Dalam istilah lain, akal ini ialah kecerdikkan (intelligence) yang boleh mengenalpasti seperti betul atau salah, baik atau buruk, boleh mempertimbangkan, boleh menganalisis dan sebagainya. Justeru kerana diberi akal itulah, manusia dipertanggungjawabkan ke atas tindak tanduknya, amalannya dan segala yang dilakukan semasa hidupnya.
bb. Orang hilang akal seperti orang gila, orang yang belum berakal seperti kanak-kanak yang belum baligh, orang yang akalnya tidak berfungsi seperti orang yang sedang tidur atau dalam keadaan pengsan (comma), tidak dipertanggungjawabkan atas apa yang diperlakukan, seperti orang gila yang memukul orang sampai mati, kerana dia tidak mempunyai akal pada ketika itu, atau jika seseorang itu tidak melaksana satu kewajipan, seperti tidak solat kerana gila.
cc. Namun begitu, seseorang itu tidak dapat menggunakan akalnya tanpa ilmu. Ilmu datang dari Allah dan manusia diwajibkan mencari ilmu. Ilmulah yang akan menyampaikan kita kepada Allah dan ilmu juga dapat mengalahkan nafsu.
Insan
dd. Diciptakan insan dari Sifat Hayat Allah. Kalimah ‘insan’ pada pandangan ahli sufi disebut “sirullah” dan berhimpun pada nafas, amfas, tanafas dan nufus.
· Nafas - Angin yang keluar masuk melalui mulut. Ia dihidupkan oleh amfas. Ia diistilahkan juga sebagai diri.
· Amfas - Angin yang keluar masuk melalui mulut. Ia dihidupkan oleh amfas. Ia diistilahkan juga sebagai diri.
· Tanafas - Angin yang masuk melalui telinga dan tidak keluar. Ia masuk ke dalam rahim ibu. Ia dihidupkan oleh nufus. Ia juga diistilahkan juga sebagai diri.
· Nufus - Angin yang keluar masuk melalui hidung. Nufus hidup tidak dikeranaka sesuatu. Ia berada diluar badan. Ia diistilahkan sebagai diri.
ee. Terdapat lima maqam rohani dalam diri manusia iaitu:
·
Fu’ad - tempat Makrifat
·
Sadr - tempat Islam
·
Qalbi - tempat Iman
·
Shifaf - tempat Muhibbah
· Labin - tempat Tauhid
Darjah Rohani
ff. Rohani ini adalah didalam dua darjat iaitu:
·
Darjat Nurani -
kategori yang mempunyai sifat-sifat Mahmudah
· Darjat Sanubari - kategori yang mempunyai sifat-sifat Mazmumah
Martabat Rohani Dalam Tubuh
gg. Rohani adalah berfungsi sebagai raja dalam tubuh manusia. Ia menguasai akal walaupun setiap gerak seseorang itu dikuasai oleh akalnya.
Perolehan Dari Allah
hh. Selain dari sifat-sifat yang diperolehi
daripada ibu bapa, seseorang manusia itu juga memperolehi sifat dari Allah
Ta’ala seperti berikut:
·
Berkuasa -
dari sifat Qudrat
·
Berkehendak - dari sifat Iradat
·
Mengetahui - dari sifat Ilmu
·
Hidup - dari sifat Hayat
·
Mendengar - dari sifat Sama’
·
Melihat -
dari sifat Basar
· Berkata-kata - dari sifat Kalam
ii. Selain dari itu juga, Allah mengutus dua pemimpin kepada tiap-tiap manusia iaitu:
·
Malaikat bernama Muhlim
- Jika dipimpin oleh Muhlim,
orang berkenaan akan berbuat kebajikan menghasilkan kebahagiaan
· Malaikat bernama Muwaswas - Jika dipimpin oleh Muwaswas akan mengakibatkan kejahatan dan kecelakaan
Maqam Diri
jj. Manusia akan kembali kepada Allah dalam beberapa maqam atau martabat berdasar iman dan amalan masing-masing. Apabila qiamat, manusia akan dibangkitkan semula dari alam barzakh, seperti difirmankan oleh Allah dalam surah 81 Al Takwir ayat 7 iaitu:
وَإِذَاٱ لنُّفُوسُ زُوِّجَتۡ
Ertinya’ “apabila tiap-tiap diri disatukan dengan pasangannya”
Iaitu jasmani dan rohani digabungkan semula. Apabila ini berlaku, rupa manusia (diri) itu akan bertukar mengikut ketentuan Allah. Rupa atau status seseorang itu ditentukan Allah berdasarkan maqam yang dicapai olehnya semasa hidup didunia atau lebih tepat lagi sewaktu ajal tiba.
Maqam-maqam
ini adalah seperti berikut:
·
Nafs (diri) Amarah
·
Nafs (diri) Lawamah
·
Nafs (diri) Mulhammah
·
Nafs (diri) Mutmainnah
·
Nafs (diri) Radhiah
·
Nafs (diri) Mardhiah
·
Nafs (diri) Kamil
NAFS (DIRI) AMARAH
Sifat-sifat orang di maqam ini ialah, diantara lain:
·
Kasihkan dunia, tamak, haloba, ingin kemegahan dunia
·
Bakhil terutama dalam membelanjakan zakat, sedekah, orang
miskin, fakir dan anak yatim
·
Panjang angan-angan – tidak bersedia untuk akhirat
·
Ingin namanya terkenal dan gah masyhur
• Niat
jahat berkhianat
• Lupa/lalai
kepada Allah
• Lain-lain sifat mazmumah
NAFS (DIRI) LAWAMAH
mm. Sifat-sifat orang (diri) yang di maqam ini termasuk
•
Mencela kesalahan dirinya
•
Sentiasa berfikir (bertafakur)
•
Bila berbuat salah ia berasa takut dan kecut hati
•
Mempunyai perasaan mencela terhadap kejahatan dan kesalahan
•
Mempunyai sifat ujub (egoistic) memandang apa yang ada pada
dirinya adalah
atas
usahanya semata-mata
•
Mempunyai sifat riak, iaitu suka memperlihatkan sifat
kebajikannya kepada
orang lain
supaya mendapat kepujian
•
Bersifat sum’ah, iaitu memberitahu orang lain tentang
kebajikan-kebajikannya
yang dibuatnya supaya dapat nama atau kemasyhuran
NAFS (DIRI) MULHAMMAH
nn. Diantara sifat orang yang berada di maqam
ini ialah:
•
Sawahah – tidak sayang harta pada perkara baik
•
Qanaah –berasa cukup kurniaan Allah yang ada padanya
•
Mendapat ilmu ladunni atau ilham daripada Allah melalui
malaikat Mulhim
•
Tawadhuk – timbul perasaan rendah diri pada Allah
•
Sabar yang sebenar-benar. Dia tahu menanggung kesusahan
• Lain-lain sifat mahmudah
NAFS (DIRI) MUTMAINNAH
oo. Seseorang yang Berjaya meningkatkan diri (dengan izin dan pertolongan Allah) mempunyai sifat-sifat berikut:
•
Murah hati dan tidak lekat harta di tanganya kerana selalu
bersedekah
•
Bersifat dengan arif lagi bijaksana
•
Bertawakkal lagi kuat beribadah
•
Syukur yang sebenar-benar syukur
•
Redha akan hukuman Allah dan bertakwa dengan sebenar-benarnya
• Lain-lain sifat mahmudah
pp. Orang yang berada di maqam ini mendapat makrifat dan hakikat. Melekat sifat-sifat mahmudah dihati batinnya dan terhakis sifat-sifat cela. Dia sudah suci daripada kekeruhan. Maka terangkatlah segala hijab baginya.
NAFS (DIRI) RADHIAH
qq. Ini adalah maqam yang tertinggi sekali
bagi orang-orang selain nabi dan mursalin. Orang yang berada di maqam ini
mempunyai sifat-sifat berikut:
•
Mencapai kejernihan hati
•
Sentiasa redha dengan pemberian Allah
•
Bermujahadah sentiasa
•
Sentiasa beribadat
•
Zuhud iaitu merenggangkan diri daripada dunia untuk akhirat
•
Ikhlas iaitu apa yang dibuat semata-mata kerana Allah
•
Tinggalkan perkara yang bukan kerjanya
• Warak serta tunai dan tepatkan segala perintah Allah
rr. Bagi orang di maqam ini, tiada perbezaan
antara nikmat dan bala, wang ringgit dan daun
kayu, emas dan batu. Jasadnya dibumi tetapi rohnya dilangit. Dia tidak menjadi suka dipuji dan tidak berduka bila dikeji. Dia sentiasa berzikir dan bermusyahadah dengan Allah.
NAFS (DIRI) MARDHIAH
ss. Orang yang berada di maqam ini adalah
orang yang diredhai Allah. Segala gerak geri atau apa yang terjadi padanya
diredhakan dan diakui oleh Allah, zahir dan batin. Sifat-sifat orang berada
dala maqam ini ialah:
•
Elok dan tinggi budi pekertinya
•
Lemah lembut pergaulannya dengan masyarakat ramai
•
Seleranya sentiasa menghampiri Allah
•
Sentiasa berfikir tentang kemuliaan dan kebesaran Allah
• Redha apa sahaja dari Allah
NAFS
(DIRI) KAMIL
tt. Ini adalah maqam yang tertinggi sekali antara tujuh maqam Nafs (diri). Pada lazimnya, seseorang telah Berjaya mencapai maqam ini telah melalui atau mengharungi keenam-enam maqam yang tersebut di atas. Ia amat suci, ia dapat menghimpunkan antara zahir dan batin, antara hakikat dan syariat. Ia berada dalam “maqam baqa billah”. Ia digelar “kamil mukamil” dan “insan kamil”.
uu. Insan kamil ini menjadi pemimpin atau petunjuk membentuk masyarakat kea rah jalan yan diredhai Allah, dunia dan akhirat. Walaupun jasadnya (physical presence) berada dalam masyarakat, rohnya kekal dengan Allah.
vv. Sifat-sifatnya termasuklah menyuruh manusia membuat kebajikan dan mencegah kejahatan untuk memberi manfaat kepada manusia seluruhnya agar dapat menegakkan Negara dan menyelamatkan manusia daripada huru hara akhirat.
ww. Bagi orang awam (seperti kita), paling tertinggi boleh dicapai ialah maqam nafs (diri) Radhiah, bukan mudah mnecapai maqam ini, ia memerlukan ilmu-ilmu yang tertentu, amalan-amalan khusus dan pertolongan Allah
xx. Sudah memadai jika seseorang berjaya mencapai maqam nafs (diri) Mutmainnah kerana dia mendapat undangan dari Allah untuk masuk syurga tanpa dihisab (surah Fajr (89) ayat 27,28,29 dan 30)
يٰٓاَيَّتُهَاالنَّفْسُ الْمُطْمَىِٕنَّةُۙ ا رْجِعِيْٓ اِلٰى رَبِّكِ رَاضِيَةً مَّرْضِيَّةً ۚ فَادْخُلِيْ فِيْ عِبٰدِيْۙ وَادْخُلِيْ جَنَّتِيْ
Ertinya ayat 27: “Wahai orang yang mempunyai jiwa yang setiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya”. Ayat 28: :Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (disisi Tuhanmu)” Ayat 29: “Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia”. Ayat 30: “Dan masuklah ke dalam Syurga Ku”.
yy. Firman Allah didalam surah Asy Syams
(91) ayat 7,8,9 dan 10
Ertinya: “Demi diri manusia yang menyempurnakan susunannya. Maka diilhamkan jalan derhakanya dan jalan baiknya. Sebenarnya berbahagialah mereka yang mensucikannya. Dan sesungguhnya rugilah orang mengotorkannya”.
Mensucikan Diri (Nafs)
Adalah perlu bagi kita supaya mensucikan diri (nafs) kita sebelum mati bukan sahaja untuk memelihara diri daripada seksaan Allah di alam barzakh dan akhirat, tetapi supaya mendapat rahmat dan keredhaanNya.
Kenal Diri : Binasa
zz. Setelah mengenal “diri”, barulah kita sedar bahawa apa yang ada pada kita hanya pinjaman dan bayangan sifat-sifat Allah semata-mata. Iaitu, pada hakikatnya, kita ini “tiada”. Yang ada hanya Allah s.w.t.
مَنْ عَرَفَ نَفْسَهُ فَقَدْعَرَفَ رَبَّهُ وَمَنْ عَرَفَ رَبَّهُ فَسَدَ جَسَدَه
‘Barang siapa yang kenal dirinya, dia akan kenal Tuhannya dan barang siapa mengenal Tuhannya nescaya binasalah dirinya’
v. Mengenal Allah Melalui Tajalli
Tajalli
pada amnya bermakna manifestasi. Dalam bahasa tidak ada perkataan yang tepat
dan sesuai bagi TAJALLI. Tajalli amat jauh berbeza dengan ‘penjelmaan’ atau
‘reincarnation’ yang dipercayai oleh penganut agama lain dikatakan wujud penjelmaan
Tuhan mereka dalam diri seseorang itu. Bagi agama Islam kita tidak boleh
percaya begitu kerana Allah s.w.t tidak menyerupai sesuatu. لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ
MARTABAT TUJUH
Salah satu jalan untuk mengenal Allah ialah melalui ilmu Martabat Tujuh yang akan menyampaikannya kepada makrifat Allah Ta’ala. Dengan itu ianya juga dapat mengetahui asal usul kejadian diri kita dan mengetahui Martabat Musyahadah yang juga dinamakan ‘SYUHUDUL KASRAH FIL WAHDAT’.
MARTABAT PERTAMA : AHDIAH
Martabat pertama yang juga dinamakan La Ta’yin juga dinamakan Zat Bakht iaitu memandang dengan hati akan semata-mata WUJUD ZAT ALLAH TA’ALA dengan tiada iktibar sifatNya, Asma’Nya dan Af’alNya dengan sekira-kira ghaib segala alam ini
bersambung ke bhg. 6