Bhg. 4
Mengenai hubungan manusia
sesama manusia, aqidah dan tauhid menghubungkan dan mengikat mereka itu dengan
dua kalimah syahadah iaitu:
Aku bersaksi mengaku – tiada Tuhan yang disembah dengan sebenarnya melainkan Allah, dan Aku bersaksi – mengaku bahawa Nabi Muhammad itu adalah utusan Allah.
Ikrar seseorang yang sama-sama mengaku Allah Taala Tuhan yang disembah dengan sebenarnya dan Nabi Muhammad saw utusan Allah adalah orang yang sama-sama beriman dengan Allah dan RasulNya dan sama-sama beragama dengan agama Islam (agama yang diredhai Allah) dimana mereka yang berhubung sesama manusia dalam agama Allah telah diberi hidayah oleh Allah ke jalan yang benar. Firman Allah Azza Wajalla;
وَمَنْ يَّعْتَصِمْ بِاللّٰهِ فَقَدْهُدِيَ اِلٰى صِرَاطٍ مُّسْتَقِيْمٍ
Maksudnya; ‘Dan sesiapa yang berpegang teguh kepada (agama) Allah, maka sesungguhnya ia telah beroleh petunjuk hidayah kejalan yang betul (lurus)’. Surah (3) Ali Imran: ayat 101)
Hubungan manusia sesama manusia dalam agama Allah yang telah diikat oleh aqidah dan tauhid akan menimbulkan semangat kerjasama mereka memperjuangkan hak agamanya dan kesuciannya dengan mengorbankan harta benda dan jiwa mereka kerana didorong oleh keimanan kepada Allah dan Rasul Nya. Firma Allah swt:
إِنَّمَاالْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ آمَنُوابِاللَّهِ وَرَسُولِهِ ثُمَّ لَمْ يَرْتَابُواوَجَاهَدُوابِأَمْوَالِهِمْ
وَأَنْفُسِهِمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ ۚ أُولَٰئِكَ هُمُ الصَّادِقُونَ
Maksudnya; ‘Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan RasulNya. Kemudian mereka (terus percaya) dengan tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah, mereka itulah orang-orang benar (pengakuan imannya)’. (Surah (49) Al Hujurat: ayat 15).
Hubungan manusia sesama manusia dalam mentauhidkan Allah, amalan dan pekerjaan mereka tertakluk dibawah tadbir Tuhan yang satu (Allah Taala) dan kitab yang satu (Al Qur’an) dan Rasul yang satu (Nabi Muhammad saw) dan kiblat yang satu (ka’abah).
Dengan tercantumnya perkara-perkara tersebut dalam hati seseorang tadi akan timbul perasaan kasih sayang dan perpaduan ummah dalam ikatan yang satu, iaitu ikatan ukhuwwah Islamiah (persaudaraan dalam agama Islam). Firman Allah Taala:
اِنَّمَاالْمُؤْمِنُوْنَ اِخْوَةٌفَاَصْ لِحُوْابَيْنَ اَخَوَيْكُمْ
Maksudnya, ‘Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah diantara dua saudara kamu (yang bertelingkah)’. Surah (49) Hujurat : ayat 10)
b) Hubungan masyarakat dalam masyarakat
Manusia dijadikan Allah Taala secara semula jadinya suka bermasyarakat. Masing-masing memerlukan dan tolong menolong untuk membina hidup yang lebih bererti demi kepentingan manusia sejagat. Tanpa kerjasama yang erat antara satu sama lain maka pembentukan sesebuah masyarakat atau negara yang aman makmur tidak mungkin wujud.
Ini ditegaskan didalam firman-Nya;
يَاأَيُّهَاالنَّاسُ إِنَّاخَلَقْنَاكُمْ مِنْذَكَرٍوَأُنْثَىٰ وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًاوَقَبَا ئِلَ لِتَعَارَفُوا
ۚ
إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَاللَّهِ أَتْقَاكُمْ ۚ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ
Mafhumnya : “Wahai Ummat Manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku-puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu disisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya diantara kamu (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)”. (Surah al-Hujurat (49): ayat 13).
Lanjutan
daripada sifat semula jadi manusia yang suka bermasyarakat, maka Allah Taala
telah mewujudkan garis panduan dan peraturan melalui syariat yang dibawa oleh
para Nabi dan Rasul.
i. Hubungan manusia dengan Alam
Allah swt menjadikan alam yang penuh dengan hidup-hidupan, tumbuhan-tumbuhan, udara yang nyaman, air yang bersih, cahaya yang menyegar dan dijadikan siang dan malam silih berganti adalah untuk dimanfaatkan oleh manusia. Manusia dalam hubungan ini merupakan makhluk yang diamanahkan oleh Allah SWT sebagai khalifah kepada alam. Ditangan manusia terletaknya kemakmuran alam dan segala penghuninya. Ini ditegaskan oleh Allah didalam Al Qu’ran yang bermaksud
هُوَالَّذِي خَلَقَ لَكُمْ مَافِي الْأَرْضِ جَمِيعًا
Maksudnya, “Dialah Allah, yang menjadikan segala yang ada di bumi ini untuk kamu semua” (Surah (2) Al Baqarah: ayat 29).
Manusia dijadikan Allah swt didalam dunia adalah sebagai khalifah yang diamanahkan oleh Allah untuk menguasai alam ini dengan sebaik-baiknya. Segala kemakmuran dan kerosakan yang berlaku didalam alam ini akan dipersoalkan oleh Allah swt. Oleh itu, manusia sentiasa diingatkan oleh Al-Qur’an supaya tidak melakukan sebarang kemusnahan didalam alam ini seperti firmannya yang bermaksud:
وَإِذَا قي لَ لَهُمۡ لَاتُفۡسِدُواْفِي ٱلۡأَرۡضِ
Maksudnya; “Janganlah kamu melakukan kerosakan dimuka bumi ini” (Surah Al Baqarah (2): ayat 11).
Perhubungan manusia dengan alam ini merupakan hubungan diantara penguasa khalifah yang memegang amanah untuk kesempurnaan alam. Sehubungan dengan ini, manusia didalam menjalankan tugas sebagai khalifah haruslah merencanakan segala yang akan dilakukan terhadap alam ini. Manusia tidak boleh sewenang-wenangnya memusnahkan atau merosakkan kehidupan makhluk lain demi keperluannya.
Oleh itu, mereka haruslah mengambil kira kemakmuran dan keselesaan setiap makhluk yang diciptakan oleh Allah swt. Ini dicontohkan oleh seorang sahabat yang telah memberi minum kepada seekor anjing, dimana pada ketika itu anjing tersebut telah datang kepada sahabat dalam keadaan yang kehausan. Begitu juga Abu Hurairah ra yang sanggup mengunting kain sejadahnya demi seekor kucing yang sedang tidur di atas sejadahnya. Disini jelaslah bahawa manusia yang diciptakan oleh Allah swt bukan untuk kepentingan dirinya akan tetapi mempunyai tanggungjawab yang ditentukan oleh Allah swt.
Permusuhan dan kerosakan yang dilakukan merupakan pelanggaran perintah yang akan mendapat balasan setimpal dari Allah. Dalam perkara kemusnahan yang telah berlaku disebabkan oleh tangan dan perbuatan manusia seperti firman Allah yang berikut:
Maksudnya: “Telah berlaku kerosakan didalam bumi dan dilaut disebabkan oleh tangan-tangan manusia”. (Surah (30) Ar Rum: ayat 41).
Kerosakan alam ini adalah akibat daripada sikap manusia yang tidak memegang amanah Allah dengan sebaik-baiknya. Manusia dalam menguasai alam dan memakmurkannya telah membelakangkan konsep khalifah yang telah diterangkan di atas. Akibatnya telah mendatangkan kemusnahan terhadap sistem alam yang akhirnya akan memusnahkan kehidupan manusia itu sendiri, kerana manusia juga merupakan sebahagian alam yang terlibat dengan sistem itu.
Tiap-tiap ibadah itu hendaklah dilaksanakan semata-mata kerana Allah. Selain dari untuk ibadat kepadaNya, Allah juga mencipta manusia (dan makhluk semuanya) kerana Dia ingin dikenali. Dalam hadith Qudsi dinyatakan.
كنت كنزامخفيا فاحببت ان اعرففخلقت الخلق ليعرفون
Ertinya, ‘Aku adalah perbendaharaan yang tersembunyi, dengan sifat limpah kasihnya Aku suka dikenali maka KU diciptakan makhluk supaya Ia kenal kepadaKu’. (hadith qudsi)
- Huraian hadith tersebut adalah
seperti berikut: Ertinya, Aku adalah perbendaharaan yang tersembunyi كنت كنزامخفيا
- Perbendaharaan yang tersembunyi adalah satu kiasan yang bermaksud sesuatu yang amat berharga dan benilai
- Pada masa ini yang ada semata-mata Zat. Pada peringkat ini Ia juga dikenal dengan beberapa nama seperti Ahdiah, Kunzi Zat, Zat Mutlaq, Zatul Bakh dan La Ta’yun.
- Allah belum lagi hendak memperkenalkan diriNya, oleh sebab itu tidak disebut sifat dan asma’Nya tetapi Ia telah ada padaNya. فاحببت ان اعرف
- Oleh sebab Allah mempunyai sifat limpah kasihNya maka Ia suka untuk dikenal.
- Kasih melambangkan sifat Jamal Allah. فخلقت الخلق
- Maka Ku ciptakan makhluk ini. Makhluk yang pertama diciptakan ialah Nur Muhammad
- Supaya ia kenal (makrifat) kepada KU ليعرفون
- Erti makrifah itu ialah mengenal dan erti mengenal dapat membezakan diantara Qadim dan Muhaddas, diantara Khaliq dengan makhluk diantara bayang yang empunya bayang
- Ilmu makrifah adalah sebahagian dari
Ilmu Rabbani yang digulungkan kepada keTuhanan, juga disebut dengan (Al Ilmu
Laduni) iaitu ilmu yang langsungnya datang dari Allah. Ilmu yang sedemikian merupakan ilmu hakikat yang
tidak mudah semua orang mendapatnya, tidak semua orang dapat menjawabnya dan
menyampaikannya. Ilmu yang sedemikan berhubung dengan penghayatan keyakinan
perasaan batin yang merupakan limpahan Allah s.w.t ke atas hamba-hamba yang
dipilihnya sahaja.
1. Mengenal Allah Melalui Ahli Tasawuf
a. Adapun kita diwajib mengenal Allah kerana kita adalah hambanya. Mustahil pula hamba itu tidak mengenal tuannya. Satu daripada cara mengenal Tuhan ialah dengan mengenal diri sendiri. Mengikut Ahli Tasawuf (ahlul batin), diri yang dimaksudkan itu ialah diri yang batin yakni diri yang datang dan kembali pada Allah. Al Qur’an ada menerangkan dengan firmanNya;
وَفِى اَنْفُسِكُمْ اَفَلاَتُبْصِرُوْنَ
Yang bermaksud
“Dan pada diri kamu adalah sebagai dalil yang menunjukkan atas wujudnya (adanya) Tuhan kamu, maka apakah kamu tidak memperhatikannya?”
b. Dengan kalimah وَفِىاَنْفُسِكُمْاَفَلاَتُبْصِرُوْنَ adalah ditanya mengapa kamu tidak melihat. Pada diri kamu yang dzahir itu kamu tidak lihat bagaimana anggota-anggota boleh bergerak. Yang melihat ialah matahati. Mata yang ada ini melihat diri yang dzahir tetapi matahati melihat diri yang dalam. Ini menyedarkan kita bahawa diri yang dalam (batin) ada hubungkait dengan gerak geri anggota yang dzahir. Dengan adanya diri yang dalam – khasnya ROH (kenyataan urusan sifat ma’ani) dapatlah diri yang dzahir menjalankan kerja sehariannya.
c. Apakah mata yang dzahir melihat peranan mata yang dalam, jatuh kepada hati mesti memandang kepada roh (kenyataan asal bukti gerak kerja sifat maani yang ada pada zat). Dengan ini wujud proses hubungan dari anggota zat ke hati, ke roh, ke maani dan sampailah ke Zat. Maka kenallah bahawasanya Allah itu nama bagi Zat. Kalau kita tidak kenal diri kita, maka adalah mustahil bagi kita mencapai kedudukan ketauhidan diri kita kepada af’al Allah, asma’ Allah, sifat Allah dan zat Allah. Justeru itu, apabila seseorang itu telah mengenal diri yang dzahir dan dihubungkan oleh hati pada diri yang dalam maani kenallah ia akan Tuhannya yang mentadbirkan dirinya. Roh itu adalah kenyataan urusan sifat maani Tuhan ‘amri rabbi’ Tuhan telah berfirman kepada roh: ( Al A’raf (7): ayat 172)
أَلَسۡتُ بِرَبِّكُمۡۖ قَالُواْبَلَىٰۛشَهِدۡ نَآۛ
Ertinya “Bukankah Aku Tuhan kamu?”Jawab Roh,”Benar” (Engkaulah Tuhan kami) ‘kami menjadi saksi’.
d. Roh itu menguasai badan. Dengan adanya roh badan itu dapat hidup dan bergerak ke mana-mana ia suka. Tidaklah kaki dan tangan akan bergerak, lidah berkata-kata, mata melihat malahan segala yang ada pada diri manusia itu semuanya digerakkan dengan sifat kebatinan. Hati atau roh itu juga adalah sumber, badan yang ada bergantung pada roh. Roh itu pula berasal dari Allah.
e. Boleh juga diterokai, proses mengenal Allah itu melalui mengenal diri sendiri berlandaskan pada tiga perkara iaitu DIRI AZALI, DIRI TERPERI dan DIRI TERDIRI. Adapun DIRI AZALI boleh diumpamakan seperti keadaan kapas, DIRI TERPERI pula seperti benang dan DIRI TERDIRI itu ialah kain. Biasanya kita kurang sedar bahawa kain itu asalnya dari kapas. Dengan ini ketiga-tiga diri itu boleh ditaktikkan seperti berikut:
• Diri azali adalah keadaan Allah
• Diri terperi adalah keadaan Muhammad
• Diri terdiri adalah keadaan Adam
2. Mengenal Allah Melalui Diri Sendiri
Ulama’ tasawuf menyarankan
agar kita mencari diri kita dalam diri sendiri, apabila sudah kenal diri
sendiri maka nescaya kita akan kenal Allah. Inilah yang dimaksudkan dengan
مَنْ عَرَفَ نَفْسَهُ فَقَدْعَرَفَرَبَّهُ ُ
“Barang siapa yang mengenal dirinya,
maka ia kenal akan TuhanNya"
Erti ‘Nafsahu’
Apakah yang
dimaksudkan dengan nafsahu (نَفْسَهُ )
itu? Nafsahu itu bukan nafsu seperti yang selalu ditafsirkan oleh ramai orang.
Nafsu ialah هَوًى iaitu keinginan. Nafsu ( هَوًى )
disebut beberapa kali dalam Al Qur’an seperti surah An Nazi’at, ayat 40;
“Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri (nafs) dan keinginan nafsunya ( هَوًى )”
Dalam surah Al Jasiyah (45) ayat 23 Allah berfirman
Ertinya, ”Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmunya”
Istilah ‘nafs’ yang digunakan dalam kata-kata itu bererti ‘diri’ atau ‘orang’.
Didalam Al Qur’an terdapat istilah ‘diri’ seperti berikut:
“nafsika, nafisun,
nafsahu, anfusikum, nafsin, nafsun, nafusikum, nafsaka, anfusahum dan roh”
·
Misal dalam surah (91) Asy-Syam ayat 7 Allah berfirman,
“ Demi diri
manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai
dengan keadaannya)
·
Dalam surah (75) Al Qiamah ayat 2, Allah berfirman,
“dan Aku bersumpah dengan nafsu (diri) lawwaamah (bahawa kamu akan dibangkitkan sesudah mati)
Begitu juga kita akan dapati istilah nafs (نَفْسهُ ) dalam beberapa surah, antaranya ialah:
·
Surah (14) Ibrahim ayat 51
·
Surah (81) At Takwir ayat 14
·
Surah (82) Al Infitar ayat 19
· Surah (89) Al Fajr ayat 27
Dari nas-nas yang ada disebutkan di atas nyata bahawa “nafs” membawa erti “diri”, bukan nafsu.
Komposisi Diri (Nafs)
a. Dalam membincangkan “diri terdiri” seperti yang disebutkan di atas. Yang dimaksudkan dengan “diri terdiri” ialah:
Diri terdiri (nafs) = Jasmani + Rohani
Inilah diri yang hidup didunia ini dan akan kembali kepada Allah diakhirat nanti, sebagai mana firman Allah dalam surah (81) At Takwir ayat 7, ‘dan apabila tiap-tiap diri disatukan dengan pasangannya (rohani & jasmani)
b. Firman ini adalah antara bukti yang meyakinkan bahawa ‘diri’ (nafs) yang akan dikembalikan kepada Allah terdiri daripada Jasmani dan Rohani. Supaya kita kenal diri kita, adalah perlu kita mengenal jasmani dan rohani kita terlebih dahulu. Dalam erti kata lain, kita perlu kenal asal usul kita.
c. Sebagaimana yang telah dikatakan dalam hadis, jasmani datang dari Adam a.s. manakala rohani datang dari Muhammad s.a.w yang bersabda: “Aku bapa segala Roh dan Adam bapa segala tubuh”
d. Fenomena ini akan dihuraikan selanjutnya, iaitu asal usul jasmani diikuti dengan asal usul rohani.
Mengenal Jasmani
e. Apabila Allah hendak menjadikan jasad (lembaga Adam), Dia berfirman kepada sekalian malaikat seperti berikut
“Dan ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat, ‘Sesungguhnya Aku akan menciptakan seorang manusia dari tanah liat yang kering, yang berasal dari tanah kental yang berubah warna dan baunya” (surah (15) Al Hijr ayat 28)
Maka dicampurkan anasir-anasir air, tanah, api dan angin lalu tajallilah hak Allah kepada tanah itu dengan berbagai tajjali Sifat dan Zatnya. Kemudian tanah itu digenggam dengan genggaman JabarutNya, seterusnya dihantarkan ke Alam Malakut.
f. Tanah itu adalah pilihan segala tanah dari bumi. Dihamarkan hak Allah Ta’ala kepada tanah segenggam itu dengan beberapa rempah-rempah, bau-bauan daripada Nur Sifat. Setelah di turunkan hujan ke atas tanah itu daripada bahrul aluwiyah. Kemudian dihamarkan hak Allah Ta’ala dengan dua tangan azahnya iaitu sifat Jalal dan sifat Jamal.
g. Daripada tanah itu, Allah jadikan satu lembaga dengan berbagai diri (nafs) Alam Malik dan Alam Malakut. Pada tahap ini, para malaikat dan jin tidak kenal dengan lembaga Adam ini.
h. Lembaga Adam itu kemudiannya melalui
proses selama 120 tahun seperti berikut:
·
Fasa tanah bercampur air -
40 tahun
·
Fasa tanah kering -
40 tahun
· Fasa tanah hitam yang busuk - 40 tahun
i. Setelah itu Allah Ta’ala merahmati lembaga itu dengan “persalinan kemuliaan”. Allah kemudian menghijabkan penglihatan segala malaikat daripada melihat hakikat rupa lembaga itu. Oleh kerana kurang makrifat mereka tentang kebesaran martabat lembaga itu dan Allah pula butakan iblis daripada melihat segala rahsianya, maka para malaikat dan iblis memandang hina terhadap lembaga Adam itu. Mereka tidak mengetahui hakikat sebenarnya kejadian Adam itu. Iaitu
Anasir Hakikat Jadi
Tanah Badan Muhammad Daging
Air Cahaya Nur Muhammad Tulang
Angin Nafas Muhammad Urat
Api Nadzar Muhammad Darah
j. Setelah lembaga Adam itu dibentuk oleh malaikat mengikut rupa yang di’manisfestasi’kan oleh Allah kepadanya, maka lembaga itu dibiarkan terlantar di atas bumi selama 300 tahun sehingga kering seperti tembikar. Selepas itu, Jibrail a.s. memasukkan rohnya melalui kepala dimana roh itu berada selama 200 tahun.
Firman Allah:
فَاِذَاسَوَّيْتُهٗ وَنَفَخْتُ فِيْهِ مِنْرُّوْحِيْ فَقَعُوْالَهٗ سٰجِدِيْنَ
Ertinya: Kemudian apabila Aku telah sempurnakan kejadiannya serta Aku telah tiupkan padanya roh dari (ciptaan) Ku, maka hendaklah kamu sujud kepadanya’. (surah (15) Al Hijr: ayat 29)
k. Kemudian roh menjalar turun kepada kedua-dua mata jasad itu (maka melihat ia akan dirinya yang masih dalam keadaan tanah kering itu), kemudian roh sampai ke telinga (maka terdengar ia akan tasbih segala malaikat), seterusnya roh itu menjalar turun ke hidungnya sehingga bersin Adam selepas itu di mulut dan lidahnya pula. Apabila sampai disitu Allah mengajar Adam berkata: ‘Alhamdulillah’, Allah pun menjawab ertinya : ‘Memberi rahmat akan dikau oleh Tuhan engkau hai Adam’
l. Setelah roh sempurna diseluruh jasad Adam, Allah memberikan kepadanya pakaian Nur dari syurga. Kemudian di atas perintah Allah, malaikat-malaikat membawa Adam a.s. ke langit dan dibawanya melancong melihat segala keajaiban yang ada di ketujuh-tujuh langit itu selama 100 tahun.
m. Setelah tamat melancong kesemua langit. Adam pun dibawa masuk ke syurga yang bernama “Jannatu Adnin” dimana ia tinggal untuk beberapa tahun.
n. Allah kemudiannya mencipta Siti Hawa sebagai teman hidup Nabi Adam a.s. Hawa dicipta dari tulang rusuk kiri Nabi Adam. Mereka pun dinikahkan dengan mas kahwin sepuluh kali selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w.
o. Proses kejadian manusia telah dimaklumkan Allah dalam surah(23) Al Mukminun, ayat 12,13 dan 14 yang bermaksud:
·
“Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari satu
saripati (berasal) dari tanah”. (surah (23) Al Mukminun : ayat 12)
bersambung ke bhg 5
No comments:
Post a Comment