Terima Kasih Kerana Melawat Blog Ini

Terima Kasih Kerana Melawat Blog Ini!

Sunday, June 7, 2026

Peringkat-Peringkat Mengenal Allah


Rasulullah s.a.w. telah bersabda, 

“Awal agama mengenal Allah”

Bagaimanakah kita boleh beriman dengan yakin dan beribadat dengan sempurna jika kita tidak mengenal Allah dengan sebenar-benarnya. Kepercayaan kepada Allah merupakan rukun iman yang pertama. Tetapi bagaimanakah kita boleh ‘percaya kepada Allah’ jika kita tidak mengetahui dan memahami zat, sifat, af’al dan asma’Nya?

Jika kita jahil tentang perkara tersebut atau cacat ilmu pengetahuan kita mengenainya, maka akan cacatlah rukun iman yang pertama itu. Seterusnya, akan cacat pula kepercayaan kita terhadap rukun-rukun iman yang lain iaitu berkenaan dengan para malaikat, rasul, kitab-kitab, hari kiamat dan qada’-qadar.

Jika kita tidak mempunyai ilmu tentang  Allah atau dalam lain perkataan tidak mengenal Allah, maka apakah boleh kita katakan kita beriman dengan sempurnya. Dan jika kita tidak beriman dengan sempurnanya, apakah sempurna ibadat kita?

Ada beberapa kaedah untuk mengenal Allah. Diantaranya ialah melalui: Sifat 20Surah Al-Ikhlas, Basmallah,  Ayatul Kursi,   Pendapat  Ahli Tasawuf  ,Mengenal Diri dan Tajalli Zat

Ilmu ini bertujuan untuk menerangkan mengenai iman dan peringkat mengenal Allah melalui tiga daripada kaedah-kaedah tersebut di atas iaitu pendapat Ahli Tasawuf, Mengenal Diri dan Tajalli Zat.

Dan Ilmu ini juga meliputi… 

           1.    Iman mengikut para mutakallimin 

      2.  Mengapa Allah mencipta makhluk? 

      3.  Mengenal Allah mengikut Ahli Tasawuf

      4. Mengenal Allah melalui diri sendiri

      5. Mengenal Allah Melalui Tajalli Zat


Berikut adalah huraian bagi lima perkara di atas:

 

1.      Iman mengikut huraian para Mutakallimin


    Iman itu ialah tasdiq (membenarkan). I’tikad dengan hati kepada apa yang diketahui yang ianya daripada diin Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. serta ikrar dengan lidah dan amal. Tasdiq itu mestilah jua menerima serta redha dengan semuanya, tidak ada ingkar dan perasaan ragu serta tidak menjuzuk-juzukkan kepercayaannya. Firman Allah S.w.t:

 Ertinya,

“Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang beriman kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah, mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan imannya)”. (surah (49) Al Hujurat, ayat 15)

Iman sebenarnya memerlukan keyakinan yang mantap. Iman jugalah yang menentukan Islam seseorang itu. Bahawasanya Islam adalah agama dan Al Qur’an sifatnya sebagai sumber yang mutlaq.

Al Qur’an telah menggariskan bahawa agama ada dua bentuk iaitu: 

Agama yang sesat dan batil sebagai firman Allah

          “Bagi kamu agama kamu dan bagiku agamaku”

 Agama yang benar dan haq sebagaimana firman Allah;

 Yang bermaksud

“Dialah yang telah mengutus RasulNya dengan membawa petunjuk (Al Qur’an) dan agama yang benar untuk dimenangkan dan ditinggikannya atas segala agama lain, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukainya” (Surah At Taubah ayat 33)

 Perlu kita ketahui pada asalnya manusia adalah didalam satu kesatuan agama, kemudian manusia ini berpecah dan berlainan oleh faktor-faktor yang mendatang dan melanda manusia, Firman Allah;

 Yang bermaksud

“Manusia dahulunya adalah satu umat, kemudian mereka berselisih. Kalau tidaklah kerana satu ketetapan yang telah ada dari Tuhanmu dahulu, pastilah telah diberi keputusan diantara mereka, tentang apa yang mereka perselisihkan itu” (surah (10) Yunus, ayat 19)

 Berhubung dengan iman pula, dari segi takrifnya, iman terbahagi kepada dua bahagian iaitu;

 

a.         Iman taqlid

b.         Iman ‘arif



bersambung....

No comments: