Bismillahir Rahmanir Rahim
Segala puji bagi Allah Tuhan yang menciptakan kita sebagai makhluk diatas muka bumi ini, Dia (Allah) yang menciptakan segala apa yang ada di alam ini dengan hebat dan sempurna.
Permulaan agama adalah mengenal Allah SWT dan didalam bahasa Arab atau bahasa Al Quran adalah disebut sebagai Awalluddin Ma`rifatullah.
Mengenai Ilmu Tauhid atau pun dikenali
sebagai Ilmu Usulluddin. Didalam ajaran Islam, secara umumnya ilmu-ilmu yang penting itu terbahagi kepada tiga bahagian iaitu:
1. Usuluddin adalah membicarakan mengenai persoalan
aqidah
2. Feqah adalah ilmu yang membicarakan tentang persoalan
hukum syarak
3. Tasawuf adalah membicarakan tentang persoalan akhlak
islamiyah.
Disini ingin ditegaskan bahawa tiga serangkai
ilmu tersebut tidak boleh dipisahkan. Jika dipisahkan salah satu daripada tiga serangkai
ilmu tersebut, maka rosaklah yang lain, orang selalu mengatakan irama dan lagu tidak
dapat dipisahkan, jika dipisahkan sumbang lagu itu, begitu juga dengan 3
serangkai ilmu tadi, jika dipisahkan turut juga menjadi sumbang. Apabila sumbang, maka rosaklah islam kita sebagai
muslim samada Fasiq ataupun jatuh kepada Kufur tanpa disedari.....Na`uzubillah minzalik
Ketiga-tiga ilmu ini adalah diibaratkan seperti bangunan. Usulluddin itu adalah asas dan tapaknya, bangunan
rumah dan peralatan rumah itulah syariat dan akhlak..justeru itu, bangunan rumah
dan peralatan rumah tidak dapat ditegakkan jika tapak/asasnya tidak ada, dalam erti
kata lain, usulluddin itu tapak asas sebagai seorang muslim, syariat dan tasawuf
itu adalah furu` atau cabang yang mencantikkan islam seseorang itu. Syariat dan akhlak
tiada nilai kalau aqidah seseorang itu rosak. Rasulullah saw pernah bersabda: Awaluddin ma`rifatrullah. maksudnya: permulaan
agama (Islam) itu adalah Mengenal Allah.
Dengan demikian, ilmu usulluddin itu tidak boleh
diabaikan daripada mempelajarinya kerana ia merupakan ilmu untuk kita memperteguhkan
keyakinan dan kemantapan aqidah di hati tanpa dipengaruhi unsur syak, waham, zhan dan
jahil. Sebagai contoh: Rasulullah saw merupakan
orang yang mempunyai kekuatan aqidah
yang hebat, oleh itu kita dapat lihat disini, syariat dan akhlak yang dibawa oleh Rasulullah itu juga cantik dan sempurna.
Segala ibadah dan amalan kita adalah merupakan persembahan kita yang akan kita berikan kepada Allah SWT. dalam konteks awaluddin ma`rifatullah, jika amal,
jika kita melakukan ibadah kita tanpa kita kenal Allah SWT, maka hadiah yang
akan kita berikan itu tidak akan sampai kepadaNya. Ibarat kita ingin memberi surat
kepada seorang raja, tetapi kita tidak tahu yang mana satu raja itu, maka surat
itu tidak akan sampai kepada raja tersebut. Mungkin kita akan berikan kepada pembesar
istana yang kita anggapkan sebagai raja.
Begitulah juga ibadah kita seperti solat,
puasa, zakat, jihad dan sebagainya akan sampai kepada Allah jika kita
benar-benar mengenali Allah dengan sungguh-sungguh. Mengenali Allah ini amat penting
kerana jika tidak mengenali Allah, bimbang dan takut segala amal kita tidak sampai
kepada Allah. Malah segala ibadah kita hanya ditipu oleh Syaitan yang akan sentiasa
menyesatkan kita.
Wallahu'alam
No comments:
Post a Comment