Sempena sambutan Maulidir Rasul Kariah Mesjid Batu 4 Klang, sebanyak 4 buah surau dibawah kendaliannya telah mengadakan majlis sambutan Maulidir Rasul pada 28hb. Sept. 2023, termasuk berzanji,selawat dan majlis kesyukuran diadakan di Mesjid Batu 4, Klang Selangor.
Kami dari Surau Taman Cempaka Sari 2 (TCS2) tidak ketinggalan turut serta didalam acara perarakan dengan berbaris dan berjalan sejauh 200 meter kerana memperingati hari kelahiran Nabi Muhammad saw sebagai acara tahunan.
Ahli kariah surau yang mengambil bahagian bergambar dengan bannernya sekali
Ahli kariah surau TCS 2
terdiri dari kiri Mahroji, Hasan, Leman, Mohamad, Nasaruddin, Muhididn dan Mazlan (yop)
Sekian,
dari Mohamad Maon

