Terima Kasih Kerana Melawat Blog Ini

Terima Kasih Kerana Melawat Blog Ini!

Wednesday, August 24, 2022

AKIDAH


Akidah adalah suatu ilmu yang dibayangkan oleh Allah sejak dari azali lagi (permulaan). Ini dibuktikan oleh Al-Qur’an pada surah Al-Insan ayat 1 dan firmanNya didalam hadis Qudsi

كُنْتُ كَنْزًا مُخْفِيًا فَأَ حْبَبْتُ اَنْ اُعْرَفَ فَخَلَقْتُ الْخَلْقَ لِكَى اُعْرَفَ

 Maksudnya:    Aku adalah perbendaharaan yang tersembunyi, Aku ingin dikenali,maka  Aku ciptakan makhluk agar mereka mengenaliKu

Berdasarkan hadis diatas, maka seluruh manusia tidak dapat melarikan diri dari mengenal Allah (mengenal DiriNya, SifatNya, Asma’Nya dan Af’alNya). Ini bererti jika mana-mana manusia yang masih lagi hidup bernafas wajib mengetahui keagungan dan kebesaranNya, tanpa memahami ilmu ketuhanan ini, maka seseorang itu dianggap berdosa kerana tidak mengenali TuhanNya. Kerana itulah jumhur ulama’ menghukum mempelajari ilmu ini adalah fardhu ain dan mendalaminya adalah fardhu kifayah.

Oleh kerana itu, kita hendaklah setulus ikhlas bertanyakan kepada diri sendiri, sudahkah kita mengenal Allah? Kita yakin terlalu ramai dikalangan manusia yang menjadi Mulhid (tidak mengenal Allah) kerana ilmu ini membawa kepada taqarrubnya manusia kepada Allah dan hukumNya.

Setiap manusia memiliki akal yang sempurna dan boleh berfikir. Mengapa manusia di planet bumi ini membelakangkan ketentuan Tuhan dan menghadapankan ketentuan sendiri? Mengapa manusia Begitu bersikap biadab kepada ketentuanNya dengan menokok tambah apa yang telah ditetapkan dan mengurangkan apa yang telah ditetapkan?

Apakah Tuhan tidak bersikap adil atau belum lagi bersikap memperlihatkan keadilanNya kepada manusia. Mungkin esok lusa manusia akan mati beramai-ramai. Apa jawapan mereka apabila berhadapan dengan Allah atau manusia memang suka ditempatkan kedalam api neraka Allah. Sesungguhnya apabila manusia sudah mula memiliki penyakit tertentu atas ketentuan Allah maka kedudukannya untuk kembali kepada pangkuan Allah sudah mula menjadi sangat hampir.

 AKIBAT TIDAK MENGENAL ALLAH

Jika mengenal Allah itu suatu asas pokok akidah, maka manusia perlu memahami akibat yang mereka perolehi daripada Allah swt jika mereka tidak mengenal Allah dan perkara yang berkait dengannya. Sejarah juga bermula daripada manusia awal iaitu Adam a.s, pada permulaan kehidupan manusia apabila Nabi Adam a.s sudah berada dibumi, maka Allah memerintahkannya pergi ke Mekah mengerjakan haji. Selesai sahaja ibadat haji lalu Allah bertanya kepada Adam a.s,

" ياَ اَدَمُ قَضَيْتَ نُسُكَكَ ؟ "

“sudahkah engkau mengerjakan rukun haji?”

Adam menjawab,

" نَعَمْ يَارَبَّ "

sudah wahai Tuhanku.”

 Lalu Allah memerintahkan Adam supaya membuat permohonan.  Jawab Adam,

....قَلَ اَدَمُ : حَاجَتِى اَنْ تَغْفِرْ لِى ذَ نْبِى وَذَ نْبَ وَلَدِ ى قَالَ : اَمَّا ذَ نْبُكَ يَا اَدَمُ فَقَدْ غَفَرْ نَاهُ حِيْنَ

وَقَعْتَ بِذَ نْبِكَ وَاَمَّا ذَ نْبُ وَلَدِ كَ فَمَنْ عَرَفَنِى وَاَمَنَ بِى وَصَدَّ قَ رُسُلِى وَكِتَابِى غَفَرْ نَالَهُ ذَ نْبَهُ

 Maksudnya:    permohonanku adalah agar Engkau mengampunkan dosaku dan dosa anakku, Allah berkata “adapun dosamu wahai Adam telah Kami ampuni ketika engkau selesai melakukan dosa, adapun dosa keturunanmu akan diampuni apabila mereka mengenaliKu (arif kepadaKu), beriman kepadaKu, membenarkan para Rasul dan kitabKu (Hadis Qudsi riwayat Dailani dari Anas r.a).

Berdasarkan firman Allah di atas, maka apakah harapan manusia jika mereka tidak percaya dan mengenali Allah, walaupun pada dasarnya ramai manusia yang melakukan berbagai-bagai ibadat, akan tetapi mereka tidak mengenali Tuhan mereka, dan apa yang mereka perolehi dari ibadat mereka itu.

 SIKAP MANUSIA YANG TIDAK MENGENALI ALLAH

 Secara amnya mereka akan,

1     Melakukan Syirik

2.      Segala dosa tidak terampun

3.      Tidak aman semasa beribadat

4.      Hidup sentiasa berkeadaan syirik

5.      Mempersoalkan takdir secara tidak wajar

6.      Tidak mengenal diri yang berasal daripada Allah

7.      Keimanan sangat lemah, doa tidak terkabul

 Akhirnya kita perlu memikirkan apa kata Allah dan apa kata kita. Adakah apa yang dikatakan oleh Allah didalam Al-Qur’an selaras dengan apa yang kita kata. Jika ianya selaras, itu tandanya kita beriman, jika tidak, ia menunjukkan kita bertambah jauh dan bertambah hanyut.

SIFAT NAFSIAH

Maksud Nafsiah itu ialah Diri Zat Allah swt. Wujudnya tidak disebabkan oleh suatu sebab. Dia memiliki keagungan yang tersendiri yang tidak boleh sama sekali diperbandingkan dengan alam-alam ciptaan Tuhan (alam yang baharu). Dialah yang dikenali sebagai Wujud disenarai pertama pada sifat 20. Didalam Al-Qur’an Dialah yang dimaksudkan sebagai La Ilaha Illa Huwa (tiada Tuhan melainkan Dia). Kalimah tersebut menunjukkan maksud wujud hanya diriNya semata-mata, tanpa Asmaul Husna, SifatNya dan juga Af’alNya. Ertinya alam belum lagi dicipta Tuhan, ketika mana zaman itu disebut sebagai suatu zaman yang tidak dapat disebut-sebut mengikut perhitungan waktu, sebagaimana firman Allah menyatakan,

هَلْ اَتَى عَلَى اْلاِ نْسَانِ حِيْنٌ مِنَ الدَّ هْرِ لَمْ يَكُنْ شَيْأً مَذْ كُوْرًا

 Maksudnya:    apakah tidak datang (berita) kepada manusia, disuatu zaman yang tidak dapat disebut-sebut (mengikut perhitungan masa) (Ad-Dhar 1)

Mengikut jumhur ulama’, zaman didalam ayat diatas ialah zaman belum lagi manusia dijadikan. Sebahagiannya pula menyatakan zaman tersebut yang wujud hanya Zat semata-mata, lalu Allah suka ada makhluk mengenaliNya, lalu Dia ciptakan makhluk tersebut.

فَاَحْبَبْتُ أَنْ اُعْرَفَ فَخَلَقْتُ الْخَلْقَ لِكَىْ اُعْرَفَ

 Apakah awal makhluk yang Allah jadikan?

Firman Allah didalam hadis Qudsi,

اَوَّلُ مَاخَلَقَ الله ُرُوْحِى وَأَوَّلُ مَاخَلَقَ الله ُنُوْرِى , وَاَوَّلُ مَاخَلَقَ الله ُالْقَلَمَ , وَاَوَّلُ مَاخَلَقَ الله ُالْعَقْلَ

 Maksudnya:    yang pertama dicipta oleh Allah ialah Rohku, yang awal dicipta oleh Allah ialah cahayaku, yang pertama dicipta oleh Allah ialah qalamku, yang pertama dicipta Allah ialah Akal.

-Pada dasarnya Roh, Cahaya, Qalam dan Akal adalah satu juga.

فَالْمُرَادُ مِنْهَا شَئٌ وَاحِدٌ وَهُوَ الْحَقِيْقَةُ الْمَحَمَّدِ يَّةُ

 SIFAT SALBIAH

Maksud Salbiah itu ialah menafikan perkara-perkara yang tidak layak bagi Zat Allah swt, atau sifat yang menafikan (menidakkan) kebesaran dan keagungan Tuhan. Ertinya kita wajib menerima hakikat bahawa Zat Allah swt itu memiliki sifat keagungan dan kebesaranNya yang tidak sama dengan sifat alam yang baharu. Ini bermakna kita dengan secara ikhlas mengakui bahawa Zat itu memiliki sifat yang wajib bagi diriNya bersifat Qidam, Baqa’, Mukhalafatuhu Ta’ala Lilhawadis, Qiamuhu Binafsih dan Wahdaniah.

Kerana itu jelaslah bahawa sifat Salbiah itu ialah sifat yang hanya ada pada Zat itu sahaja, dan hanya dimiliki oleh Zat (Tuhan) itu sahaja. Tidak pada makhlukNya. Jika makhluk memiliki sifat tersebut maka jelaslah makhluk itu melakukan syirik kepadaNya. Kerana itu Allah memerintahkan kepada manusia supaya berikrar dan berjanji dengan menyatakan,

قُلْ اِنَّ صَّلاَ تِيْ وَ نُسُكِيْ وَمَحْيَايَ وَمَمَاتَيْ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ . لاَ شَرِيْكَ لَهُ وَبِذَ لِكَ اَمِرْتُ

وَاَنَا اَوَّلُ الْمُسْلِمِيْنَ

 Maksudnya:    katakanlah! Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku dan hidupku dan matiku adalah kerana Allah, Tuhan bagi sekalian makhluk, tidak ada sekutu bagiNya, dan begitulah aku diperintah dan aku adalah orang Islam yang pertama (beriman)  (Al-An’am 162-163)

BERSAMBUNG...

Tuesday, August 23, 2022

Perbendaharaan Yang Tersembunyi

Perbendaharaan Yang Tersembunyi

Tiap-tiap ibadah itu hendaklah dilaksanakan semata-mata kerana Allah. Selain dari untuk ibadat kepadaNya, Allah juga mencipta manusia (dan makhluk semuanya) kerana Dia ingin dikenali. Dalam hadith Qudsi dinyatakan.

كنت كنزا مخفيا فاحببت ان اعرف فخلقت الخلق ليعرفون

Ertinya, ‘Aku adalah perbendaharaan yang tersembunyi, dengan sifat limpah kasihnya Aku suka dikenali maka KU diciptakan makhluk supaya Ia kenal kepadaKu’. (hadith qudsi)

 Huraian hadith


·       hadith tersebut adalah seperti berikut: Ertinya, Aku adalah perbendaharaan yang tersembunyi  كنت كنزا مخفيا

 

·        Perbendaharaan yang tersembunyi adalah satu kiasan yang bermaksud sesuatu yang amat berharga dan benilai.

 

·        Pada masa ini yang ada semata-mata Zat. Pada peringkat ini Ia juga dikenal dengan beberapa nama seperti Ahdiah, Kunzi Zat, Zat Mutlaq, Zatul Bakh dan La Ta’yun.

 

·        Allah belum lagi hendak memperkenalkan diriNya, oleh sebab itu tidak disebut sifat dan asma’Nya tetapi Ia telah ada padaNya.   فاحببت ان اعرف


·         Oleh sebab Allah mempunyai sifat limpah kasihNya maka Ia suka untuk dikenal.

 

·         Kasih melambangkan sifat Jamal Allah.   فخلقت الخلق

 

·         Maka Ku ciptakan makhluk ini. Makhluk yang pertama diciptakan ialah Nur Muhammad

 

·         Supaya ia kenal (makrifat) kepada KU     ليعرفون

 

·   Erti makrifah itu ialah mengenal dan erti mengenal dapat membezakan diantara Qadim dan Muhaddas, diantara Khaliq dengan makhluk diantara bayang yang empunya bayang

 

·    Ilmu makrifah adalah sebahagian dari Ilmu Rabbani yang digulungkan kepada keTuhanan, juga disebut dengan (Al Ilmu Laduni) iaitu ilmu yang langsungnya datang dari Allah.  Ilmu yang sedemikian merupakan ilmu hakikat yang tidak mudah semua orang mendapatnya, tidak semua orang dapat menjawabnya dan menyampaikannya. Ilmu yang sedemikan berhubung dengan penghayatan keyakinan perasaan batin yang merupakan limpahan Allah s.w.t ke atas hamba-hamba yang dipilihnya sahaja.