Akidah adalah suatu ilmu yang dibayangkan oleh Allah sejak dari azali lagi (permulaan). Ini dibuktikan oleh Al-Qur’an pada surah Al-Insan ayat 1 dan firmanNya didalam hadis Qudsi
كُنْتُ كَنْزًا مُخْفِيًا فَأَ حْبَبْتُ اَنْ اُعْرَفَ فَخَلَقْتُ الْخَلْقَ
لِكَى اُعْرَفَ
Berdasarkan hadis diatas, maka seluruh manusia tidak dapat melarikan diri dari mengenal Allah (mengenal DiriNya, SifatNya, Asma’Nya dan Af’alNya). Ini bererti jika mana-mana manusia yang masih lagi hidup bernafas wajib mengetahui keagungan dan kebesaranNya, tanpa memahami ilmu ketuhanan ini, maka seseorang itu dianggap berdosa kerana tidak mengenali TuhanNya. Kerana itulah jumhur ulama’ menghukum mempelajari ilmu ini adalah fardhu ain dan mendalaminya adalah fardhu kifayah.
Oleh kerana itu, kita hendaklah setulus ikhlas bertanyakan kepada diri sendiri, sudahkah kita mengenal Allah? Kita yakin terlalu ramai dikalangan manusia yang menjadi Mulhid (tidak mengenal Allah) kerana ilmu ini membawa kepada taqarrubnya manusia kepada Allah dan hukumNya.
Setiap manusia memiliki akal yang sempurna dan boleh berfikir. Mengapa manusia di planet bumi ini membelakangkan ketentuan Tuhan dan menghadapankan ketentuan sendiri? Mengapa manusia Begitu bersikap biadab kepada ketentuanNya dengan menokok tambah apa yang telah ditetapkan dan mengurangkan apa yang telah ditetapkan?
Apakah Tuhan tidak bersikap adil atau belum lagi bersikap memperlihatkan keadilanNya kepada manusia. Mungkin esok lusa manusia akan mati beramai-ramai. Apa jawapan mereka apabila berhadapan dengan Allah atau manusia memang suka ditempatkan kedalam api neraka Allah. Sesungguhnya apabila manusia sudah mula memiliki penyakit tertentu atas ketentuan Allah maka kedudukannya untuk kembali kepada pangkuan Allah sudah mula menjadi sangat hampir.
Jika mengenal Allah itu suatu asas pokok akidah, maka manusia perlu memahami akibat yang mereka perolehi daripada Allah swt jika mereka tidak mengenal Allah dan perkara yang berkait dengannya. Sejarah juga bermula daripada manusia awal iaitu Adam a.s, pada permulaan kehidupan manusia apabila Nabi Adam a.s sudah berada dibumi, maka Allah memerintahkannya pergi ke Mekah mengerjakan haji. Selesai sahaja ibadat haji lalu Allah bertanya kepada Adam a.s,
" ياَ اَدَمُ قَضَيْتَ نُسُكَكَ ؟ "
“sudahkah
engkau mengerjakan rukun haji?”
Adam
menjawab,
" نَعَمْ يَارَبَّ "
sudah wahai Tuhanku.”
....قَلَ اَدَمُ : حَاجَتِى
اَنْ تَغْفِرْ لِى ذَ نْبِى وَذَ نْبَ وَلَدِ ى قَالَ : اَمَّا ذَ نْبُكَ يَا اَدَمُ
فَقَدْ غَفَرْ نَاهُ حِيْنَ
وَقَعْتَ بِذَ نْبِكَ وَاَمَّا ذَ نْبُ
وَلَدِ كَ فَمَنْ عَرَفَنِى وَاَمَنَ بِى وَصَدَّ قَ رُسُلِى وَكِتَابِى غَفَرْ نَالَهُ
ذَ نْبَهُ
Berdasarkan firman Allah di atas, maka apakah harapan manusia jika mereka tidak percaya dan mengenali Allah, walaupun pada dasarnya ramai manusia yang melakukan berbagai-bagai ibadat, akan tetapi mereka tidak mengenali Tuhan mereka, dan apa yang mereka perolehi dari ibadat mereka itu.
1 Melakukan Syirik
2. Segala dosa
tidak terampun
3. Tidak aman
semasa beribadat
4. Hidup sentiasa
berkeadaan syirik
5. Mempersoalkan
takdir secara tidak wajar
6. Tidak mengenal
diri yang berasal daripada Allah
7. Keimanan sangat
lemah, doa tidak terkabul
SIFAT NAFSIAH
Maksud Nafsiah itu ialah Diri Zat Allah swt. Wujudnya tidak disebabkan oleh suatu sebab. Dia memiliki keagungan yang tersendiri yang tidak boleh sama sekali diperbandingkan dengan alam-alam ciptaan Tuhan (alam yang baharu). Dialah yang dikenali sebagai Wujud disenarai pertama pada sifat 20. Didalam Al-Qur’an Dialah yang dimaksudkan sebagai La Ilaha Illa Huwa (tiada Tuhan melainkan Dia). Kalimah tersebut menunjukkan maksud wujud hanya diriNya semata-mata, tanpa Asmaul Husna, SifatNya dan juga Af’alNya. Ertinya alam belum lagi dicipta Tuhan, ketika mana zaman itu disebut sebagai suatu zaman yang tidak dapat disebut-sebut mengikut perhitungan waktu, sebagaimana firman Allah menyatakan,
هَلْ اَتَى عَلَى اْلاِ نْسَانِ حِيْنٌ مِنَ الدَّ هْرِ لَمْ يَكُنْ شَيْأً
مَذْ كُوْرًا
Mengikut jumhur ulama’, zaman didalam ayat diatas ialah zaman belum lagi manusia dijadikan. Sebahagiannya pula menyatakan zaman tersebut yang wujud hanya Zat semata-mata, lalu Allah suka ada makhluk mengenaliNya, lalu Dia ciptakan makhluk tersebut.
فَاَحْبَبْتُ أَنْ اُعْرَفَ فَخَلَقْتُ الْخَلْقَ لِكَىْ اُعْرَفَ
Firman Allah didalam hadis Qudsi,
اَوَّلُ مَاخَلَقَ الله ُرُوْحِى وَأَوَّلُ مَاخَلَقَ الله ُنُوْرِى
, وَاَوَّلُ مَاخَلَقَ الله ُالْقَلَمَ , وَاَوَّلُ مَاخَلَقَ الله ُالْعَقْلَ
-Pada dasarnya Roh, Cahaya, Qalam dan Akal adalah satu juga.
فَالْمُرَادُ مِنْهَا شَئٌ وَاحِدٌ وَهُوَ الْحَقِيْقَةُ الْمَحَمَّدِ
يَّةُ
Maksud Salbiah itu ialah menafikan perkara-perkara yang tidak layak bagi Zat Allah swt, atau sifat yang menafikan (menidakkan) kebesaran dan keagungan Tuhan. Ertinya kita wajib menerima hakikat bahawa Zat Allah swt itu memiliki sifat keagungan dan kebesaranNya yang tidak sama dengan sifat alam yang baharu. Ini bermakna kita dengan secara ikhlas mengakui bahawa Zat itu memiliki sifat yang wajib bagi diriNya bersifat Qidam, Baqa’, Mukhalafatuhu Ta’ala Lilhawadis, Qiamuhu Binafsih dan Wahdaniah.
Kerana itu jelaslah bahawa sifat Salbiah itu ialah sifat yang hanya ada pada Zat itu sahaja, dan hanya dimiliki oleh Zat (Tuhan) itu sahaja. Tidak pada makhlukNya. Jika makhluk memiliki sifat tersebut maka jelaslah makhluk itu melakukan syirik kepadaNya. Kerana itu Allah memerintahkan kepada manusia supaya berikrar dan berjanji dengan menyatakan,
قُلْ اِنَّ صَّلاَ تِيْ وَ نُسُكِيْ وَمَحْيَايَ وَمَمَاتَيْ لِلَّهِ
رَبِّ الْعَالَمِيْنَ . لاَ شَرِيْكَ لَهُ وَبِذَ لِكَ اَمِرْتُ
وَاَنَا اَوَّلُ الْمُسْلِمِيْنَ
BERSAMBUNG...
No comments:
Post a Comment