Bahagian kedua
a. Iman taqlid
Iman taqlid
adalah iman secara ikutan melulu tanpa mengkaji dan mengetahui dalil dan
keterangan yang sahih mengenai sesuatu perkara. Iman taqlid terbahagi dua
iaitu;
Taqlid ghairi jazmi
Taqlid jazmi bererti kepercayaan seseorang itu terlekat betul di mata hatinya dengan teguh dan kuat serta tidak akan berubah atau berbalik semula. Jika orang yang diikuti berbalik semula pun maka taqlid yang seperti ini disisi Ahli Sunnah Waljamaah sah imannya kerana ia mempunyai jazam
Taqlid ghairi jazmi bererti menerima perkataan orang lain dengan tiada teguh dan tiada kuats ekiranya orang yang diikuti seperti gurunya, ibu bapanya atau lainnya berbalik i’tikadnya, maka ia pun mengikut berbalik jua, maka taqlid yang seperti ini dihukumkan tiada sah imannya dengan syak, dzan dan waham.
b. Iman ‘arif
Iman ‘arif pula adalah iman yang memerlukan keterangan dan dalil-dalil yang sahih yang berpandukan Al Qur’an dan Hadith. Iman ‘arif terbahagi kepada dua peringkat iaitu;
Peringkat pertama – yang dihuraikan oleh ahli dzahir yang menjurus kepada fadhu ‘ain
Peringkat kedua – yang diteruskan huraiannya oleh ahli bathin yang menjurus kepada fardhu kifayah
Bagi
menentukan kita dapat beribadat dengan sempurna, kita wajar melengkapkan diri
dan mengetahui empat cabang ilmunya iaitu; syari’at, tariqat, haqiqat dan
ma’rifat. Demikian juga untuk menyakinkan adanya Allah, kita hendaklah
menguasai empat cabang ilmu yaqin, iaitu:
2. ‘Ainul yaqin
3. Haqqul yaqin
4. Kamalul yaqin
1. Ilmu Yaqin
Yaqin adalah kemuncak sesuatu ilmu. Dengan ilmu kita dapat mengetahui sesuatu, samada melalui pengetahuan ataupun penyaksian punca idea berdasarkan ilmu itu. Bahawa perhimpunan ilmu dan penyaksian ini sudah merupakan dalil-dalil yang menjuruskan kepada terbitnya keyakinan kita kepada sesuatu perkara, umpamanya antara yang dzahir dan yang ghaib – ada atau tiada. Sebagai misalan
- Dzahir – manusia
- Ghaib – Allah
Peringkat ini adalah peringkat syari’at atau jasad sahaja.
2. Ainul
Yaqin
Lanjutan dari pencapaian kepada tahap “ada atau tiada”, perhimpunan ilmu dan penyaksian pancaindera menjurus ke arah yang lebih mendalam lagi untuk memperolehi apakah yang ada atau tiada nyata dari segi sifat-sifat ilmu dan pancaindera itu sendiri. Sebagaimana yang biasa diterima bahawa telinga mendengar, mata melihat, hidung menghidu dan lain-lain anggota dengan tugas-tugasnya masing-masing, maka ilmu jualah dengan sifat-sifatnya yang mengetahui dan terus membawa kita kepada dari ada atau tiada itu kepada nampak dan nyata sesuatu perkara itu. Inilah peringkat tariqat atau hati.
3. Haqqul
Yaqin
Haqqul yaqin adalah yaqin yang mutlak – yakin yang tiada berbelah bahagi dan tidak berubah-ubah, iaitu yakin yang sebenar-benarnya. Jika peringkat ‘ainul yaqin ianya menyentuh soal nyata dan nampak sahaja, haqqul yaqin menjurus ketingkat yang lebih tinggi, iaitu keperingkat rasa. Sebagai contoh, bahawa makanan itu enak dan bahawa air itu manis. Haqqul yaqin menjurus kepada ketetapan yang betul pada ‘aqal dan ilmu. Peringkat ini adalah peringkat haqiqat atau roh.
4. Kamalul
Yaqin
Inilah yaqin yang sempurna dan menyeluruh dzahir dan batin mengenai ketetapan yang ada atau tiada, nampak, nyata dan rasa yang kita lalui huraiannya di ketiga-tiga peringkat ilmu yaqin, ‘ainul yaqin dan haqqul yaqin itu. Yaqin diperingkat ini benar pada ilmu dan benar pada mata, yaqin yang meliputi luar dan dalam, dzahir dan batin, dengan tidak syak dan wasangka. Dalam konteks kita dengan Allah, kamalul yaqin ini ialah kita berpegang kepada kekuasaan Allah itu bukan sahaja ilmu menyatakan demikian, bahkan kerana sah kepada kita akan bukti-bukti dan tanda-tanda kebesaranNya itu. Inilah peringkat ma’rifat dan rahsia.
Kefahaman dan pegangan kita kepada ilmu yaqin ini hendaklah menurut tertib peringkat-peringkatnya tidak boleh dipilih rambang kerana ianya secara peringkat demi peringkat membawa kita kepada ketetapan keyakinan yang sebenar dan menyeluruh. Rasulullah s.a.w bersabda “iman adalah yakin sepenuhnya”
Dengan iman
dan agama Islam yang dilengkapkan dengan keyakinan dalam empat peringkat itu
maka bolehlah kita menapak keperingkat mengenal Allah. Namun demikian kita
perlu mempunyai akal yang dipandukan oleh ilmu tauhid, ilmu kalam, ilmu
usuluddin, ilmu sifat dan ilmu ‘aqaidul iman. Perlu diketahui juga bahawa ‘akal
adalah penggerak utama dalam hal ini.
Kearah mengenal Allah maka kepercayaan dan keyakinan itu dengan sumber-sumbernya sebagaimana yang digariskan oleh akal menuju kepada dua matlamat, iaitu:
·
Sama ada ianya ada atau tiada, dan
· Sama ada ianya boleh diterima atau tidak boleh diterima
Matlamat
ini menjuruskan kepada hukum-hukumnya yang terbahagi kepada tiga hukum iaitu:
·
Hukum Syar’ie
·
Hukum ‘Aqli
· Hukum ‘Adi
Hukum Syar’ie
Hukum
syar’ie adalah hukum-hukum agama Islam yang merupakan perintah Allah atau
laranganNya. Hukum syar’ie terbahagi kepada lima bahagian:
i. Wajib
atau fardhu
ii. Sunnat
iii. Haram
iv. Makruh
v. Harus atau mubah
Wajib atau Fardhu - adalah merupakan satu hal yang mesti dilakukan atas diri tiap-tiap orang Islam lelaki atau perempuan. Akan mendapat pahala sesiapa yang mengerjakannya dan mendapat siksa sesiapa yang meninggalkannya.
Sunnat - adalah perintah yang tidak diberatkan untuk mengerjakannya tetapi sangat dianjurkan. Akan diberi pahala kepada sesiapa yang mengerjakannya dan tidak disiksa jika meninggalkannya. Adalah lebih utama jika dilakukannya.
Haram - adalah sesuatu yang dilarang oleh agama. Akan mendapat pahala jika meninggalkannya dan akan disiksa jika mengerjakannya
Makruh - adalah perlakuan yang dibenci didalam agama tetapi tidak berdosa kepada yang mengerjakannya tetapi diberi pahala kepada yang meninggalkannya
Harus
atau mubah
- adalah sesuatu yang tidak dilarang dalam agama, tidak berdosa jika
dikerjakannya atau ditinggalkannya.
bersambung ke Bhg. ke 3
No comments:
Post a Comment