Terima Kasih Kerana Melawat Blog Ini

Terima Kasih Kerana Melawat Blog Ini!

Monday, April 11, 2011

Bagaimana untuk menjadi seorang muslim?

1.  Kita seringkali ditanya apakah kita dilahirkan ke dunia ini untuk apa? Apakah yang perlu kita lakukan? Apakah amalan yang perlu kita buat? dan berbagai-bagai soalan yang timbul daripada kita berada di dunia yang fana' ini. 

2. Allah tidak jadikan dunia ini dengan sia-sia sahaja. Ia mengandungi banyak hikmah. Untuk hidup kita mesti mengikut sunnah yang telah di aturkan Allah SWT Tuhan Maha Pencipta seru sekalian alam. Pertama sekali kita wajib mengetahui dan kenal Allah yang mencipta kita daripada tiada kepada ada. Oleh itu bagaimanakah kita untuk mengenal Allah SWT sebagaimana sabda Nabi SAW 'Awalluddin Makrifahtullah 'iaitu 'Awal agama mengenal Allah'.

3. Oleh itu, sebagai umat Islam kita wajib belajar dan mengetahui asas kepada aqidah Islam iaitu mengetahui Rukun Iman, Rukun Islam dan Rukun Ihsan.

No comments: