Assalamualaikum wbt. pada kali ini kesempatan kita membicarakan mengenai kerohanian secara ringkas. Kenapa kita perlu kepada konsep kerohanian? Kerana kerohanian adalah perkara dalaman setiap diri individu itu sendiri. Kerana kerohanian juga akan membentuk dan membaikpulih setiap perkara yang dilakukan diluar batas kemanusiaan.
Didalam buku ‘kunci memahami ilmu tasawuf’ oleh Dr Mustafa Zahri, beliau terlalu banyak memperkatakan dan membincangkan aspek kerohanian, kerana kerohanian adalah satu contoh dan amalan kehidupan Nabi Besar kita Muhammad SAW. Berkat cara hidup kerohanian di zaman Rasullulah, kaum muslimin mencontohi dari diri BAGINDA sendiri, mereka berjuang bersama untuk menegakkan suatu negara untuk ketinggian Agama Allah sehingga jatuh kekuasaan lawan-lawannya ke bawah telapak umat Islam. Hancur singgahsana Kaisar Rom, runtuh kaisar dari Parsi dan terpeganglah anak kunci barat dan timur, bukan itu sahaja, kekayaan juga melimpah-limpah, harta benda bertimbun-timbun, namun semuanya itu bukanlah tujuan nya. Tujuan yang paling besar adalah MENUJU kepada Allah.
Pembangunan setiap insan adalah berkait rapat dengan hidup kerohanian bahkan kerohanian merupakan asas bagi pembangunan insan. Kerana apabila rohani telah rusak maka jasmani akan turut rosak kerana ruhani menguasai jasmani dalam segala perbuatan. Kerana itu kalau masyarakat hendak diperbaiki maka terlebih dahulu rohani yang harus dibangun dan dibina. Disinilah pentingnya hidup kerohanian.
Didalam buku tersebut juga, Dr. Mustafa Zahri membuatkan perbandingan diantara kebendaan dengan kerohanian yang menurutnya.
Kebendaan membawa kepada lupa dan anti Tuhan, Kerohanian membawa kepada ingat dan cinta kepada Tuhan
Kebendaan membawa fitnah dan pengkhianatan, Kerohanian membawa keikhlasan dan kesyukuran
Kebendaan membawa permusuhan dan kebencian, Kerohanian membawa perdamaian dan kecintaan
Kebendaan membawa kezaliman dan kecurangan, Kerohanian membawa keadilan dan kejujuran
Kebendaan membawa kerusakan dan keruntuhan, Kerohanian bersifat memperbaiki dan membangun
Kebendaan membawa kepincangan hidup dan kemiskinan, Kerohanian membawa kehidupan kedamaian dan kemakmuran
Oleh itu, Nabi Besar Muhammad saw dalam memulai pembangunan Islam sehingga dalam mensyiarkan agama Islam selalu bersendikan dengan hidup kerohanian. Begitulah tinggi martabat kerohanian dalam hidup seseorang yang mengutamakan cara hidup kerohanian yang bersumber dan berlandaskan tasawuf.
Didalam masyarakat kita pada hari ini terlalu sedikit ilmu tasawuf diamalkan kerana kita ditekankan kepada syariat semata-mata. Selain daripada ilmu tasawuf kita wajib belajar dan mengetahui tauhid kerana tauhid adalah asas untuk akidah iman kita. Kita juga wajib belajar Fiqh kerana fiqh untuk mengetahui tentang sah amal kita dan kita perlu belajar tasawuf kerana tasawuf untuk mengetahui apakah Allah menerima amal kita. Oleh itu kita perlu belajar dan mengenal ilmu tasawuf dengan pembelajaran ilmu tersebut ia akan menjadi pembimbing dalam membentuk dan meningkatkan tahap keilmuan atau kualiti ilmu kita dari semasa ke semasa untuk menjadi insan kamil serta amalan kita kepada Allah SWT.
No comments:
Post a Comment