Terima Kasih Kerana Melawat Blog Ini

Terima Kasih Kerana Melawat Blog Ini!

Thursday, April 22, 2021

Asas Aqidah Islam

 Bersambung dari siri 5/20

 Rukun niat ada 6 syarat

1.            Sahaja berbuat solat (dengan kerelaan)

2.            Menyatakan solat itu seperti zohor atau asar atau lain-lain nya

3.            Menta’aradkan suatu fardhu daripada segala fardhu

4.            Menta’aradkan keadaan ‘adaan daripada qada’

5.            Adalah niat itu didalam hati

6.            Adalah niat itu berserta ia daripada pertama Takbir berkekalan hingga akhirnya


Niat mempunyai 7 wajah

1.            Hakikat niat

2.            Hukum

3.            Tempat niat

4.            Masa berniat

5.            Kaifiat berniat

6.            Syarat berniat

7.            Maksud

 

Hakikat Niat

             Niat tidak boleh dipisah-pisahkan atau dicerai-ceraikan

             Dalam kitab ‘Miftahul Jannah’ karangan Sheikh Abdullah Daud Fatani mengatakan 

              bahawa niat ada 4 iaitu:

1.            Niat Basyita – ertinya terhampar daripada awal hingga akhir takbir

2.            Niat Nu’zi’iyah – ertinya berbagi-bagi

3.            Niat Urfiah – niat yang sempurna

4.            Niat Kamaliah – yakni niat yang sempurna

 

Menurut kitab Miftahul Jannah diantara 4 niat itu ada dua niat yang batal dan dua niat yang sah. Niat yang batal adalah niat basyitah dan niat nuzi’iyah.

             Niat basyita adalah memulai niat dalam hati serta selamanya daripada takbir menyusun lafaz serta maknanya.

             Niat nuzi’iyah membagi-bagikan niat itu daripada suku-suku takbir daripada asal hingga Allahu Akbar, itulah kedua-dua niat yang batal. 

             Niat urfiah itu bahawa menghadirkan ia pertama-tama zat solat  dengan qasad, ta’arad dan ta’yin terdahulu sedikit daripada takbir dimulai niat daripada Alif Allah dan disudahi dengan Ra Akbar jangan terdahulu dan jangan terkemudian daripada Ra Akbar itulah niat urfiah. 

             Rupa niat kamaliah itu masuk ia pada niat urfiah jua kerana niat urfiah itu tiga darjat dalamnya suatu dani dan keduanya wusta dan ketiga qaswa. Maka erti dani itu iaitu segala yang wajib pada syara’ dikerjakan memadai akan dia dan erti wusta itu iaitu yang sempurna dan erti kaswa itu yang terlebih sempurna daripada yang amat sempurna iaitu niat nabi dan wali Allah.

Hakikat solat ada 4

1.            Hadir hati

2.            Berdiri membesarkan Allah. Berdiri dengan takzim. Syariat, takrikat, hakikat dan makrifat

3.            Sifat malu – anggota, hati, roh dan sirr

4.            Berkekalan takut akan Allah – menjaga tipu daya syaitan dalam solat 

Dalam solat terdapat syariat (feqah) dan hakikat (tasawuf). Imam Malik r.h.m pernah berkata:

"Barang siapa berfeqah sahaja tanpa tasawuf , maka ia jadi fasiq. Barang siapa bertasawuf  sahaja tanpa feqah  maka ia jadi kafir zindiq (kafir secara tidak sedar). Dan barang siapa yang melakukan kedua-duanya nescaya ia menjadi golongan Islam yang hakiki/tulen".


Mendirikan solat atas 7 sifat maani yang muhaddas

Bersandarkan kepada Sifat maani yang qadim 

1.            Hayat (Hidup)

2.            Qudrat (berkuasa)

3.            Iradat (berkehendak)

4.            Ilmu (mengetahui)

5.            Sama’ (mendengar)

6.            Basar (melihat)

7.            Qalam (berkata-kata) 

Solat terdiri dari 4 maqam dan juga dari sudut hakikatnya

1.            Ihram – haram (jauhkan diri kita dari nafsu amarah, lawamah)

2.            Mikraj – Pendiriannya solat dengan 13 rukun dengan ma’aninya

3.            Munajat – doa untuk mengharapkan keredaan, hidayah, pertolongan dan sebagainya daripada Allah: dalam, tiada rasa jarak pemisah antara diri yang berdoa dengan yang didoakan; bermunajat mendekati atau mendampingi Allah dengan cara berdoa (berzikir dll). Berbisik hamba dengan Allah dihadapan hadrat Tuhan

4.            Tabadul – solat dikuasai oleh ma’ani Tuhannya

 

Bersambung…..

No comments: