Bersambung dari siri 4/2020
2. Tidur duduk yang
tidak tetap , membatalkan wuduk tetapi tidur
dengan duduk (punggung menekan pada
tempat duduk) tidak membatalkan wuduk
3. Hilang akal kerana mabuk atau sakit
4. Bersentuhan antara lelaki dengan perempuan (atau
sebaliknya) yang bukan mahaim dan tanpa berlapik
5. Menyentuh kemaluan dengan tapak tangan
Fardhu dalam fardhu - Apakah yang dikatakan 'fardhu dalam fardhu'? Yang dikatakan fardhu dalam fardhu itu adalah terdiri 13 Rukun solat iaitu:
1.
Niat.
2.
Takbiratul Ihram.
3.
Berdiri bagi yang mampu.
4.
Membaca surah Al-fatihah.
5.
Rukuk dengan tama'ninah
(tama'ninah: tenang dan tertib, tidak terburu-buru).
6.
Iktidal dengan tama'ninah.
7.
Sujud dua kali, dengan
tama'ninah.
8.
Duduk di antara dua sujud
dengan tama'ninah.
9.
Tasyahhud Akhir dengan
membaca bacaan Tasyahhud.
10.
Duduk dalam Tasyahhud
akhir.
11.
Selawat kepada Nabi
Muhammad s.a.w. dalam Tasyahhud Akhir.
12.
Membaca salam
13.
Tertib.
Rukun solat 13 perkara itu
terbahagi kepada empat (4) bahagian iaitu:
A.
Rukun Qalbi – Niat
B.
Rukun Qauli – Takbiratul Ihram, Membaca fatihah. Membaca tahiyat
akhir. Selawat atas nabi didalam tasyahhud (tahiyat) akhir, salam yang pertama.
C.
Rukun Fiqli – berdiri betul Ruku’ I’tidal Sujud Duduk antara dua
sujud Duduk membaca tahiyat akhir
D.
Rukun Ma’nawi - Tertib
Pada mazhab Maliki dan Hanafi, bacaan fatihah rukun bagi solat perseorangan sahaja. (Tidak rukun bila solat Jemaah), bila imam membaca Al Fatihah makmum dengar sahaja, berdasarkan Al-Quran surah ke 7 Al A'raf ayat 204
“Dan apabila dibacakan Al-Qur’an,
maka dengarkanlah baik-baik, dan perhatikanlah dengan tenang agar kamu mendapat
rahmat” (Al A’raf 7: ayat 204)
Dalam solat, seseorang itu bila
solat - Mesti ada ilmu – bila ada ilmu baru datang iradah – bila datang iradah
baru datang Qudrat dan Sama’. Pintu masuk solat adalah Takbirrahtul ihram
(rukun qauli – keluarkan suara). Berkata- kata – Kalam disaksi oleh suara, segala-galanya
disaksi oleh mata . Dosa paling besar ialah syirik – Allah akan mengampun segala
dosa kecuali syirik .Oleh itu, Allah hendaklah ditauhidkan jangan di syirikkan.
Ibadah dikerjakan dengan ikhlas dan tawadhuk
Setiap perbuatan kita, untuk memulakan solat adalah dimulakan dengan Niat
– Niat solat mengandungi tiga:
1. Qasad
2. Ta’arad
3. Ta’yin
Apa yang dikatakan Qasad?
Adapun qasad itu menyatakan niat.
Adapun yang sebenar-benar niat itu yang tiada dengan huruf dan suara, inilah
yang sebenar-benar niat, yang ada huruf dan suara itu bukanlah niat.
Apa yang dikatakan Ta’arad?
Adapun ta’arad itu yang
menyatakan fardhu. Adapun yang sebenar-benar fardhu itu Tajalli Sifat Allah.
Apa yang dikatakan Ta’yin?
Adapun ta’yin itu menyatakan
waktu. Adapun yang sebenar-benar nyata itu, nyata Af’al Allah pada jasad Adam
tubuh yang kasar inilah yang sebenar-benar ta’yin dan dalilnya ‘adalah niat itu
dengan tiada huruf dan tiada dengan suara’
Sesudah nyata Qasad, Ta’arad dan
Ta’yin bererti telah nyatalah:
1. Kiblat dada – Baitullah
2. Kiblat hati – Allah SWT
3. Zat memandang zat - sifat
memandang sifat, barulah mengatakan Allahu Akbar serta hadir matahati
musyahadah kepada zat Allah. Ini dikatakan NIAT
Kesempurnaan niat
· Tempat di hati
· Tempat syarat dan rukun pada anggota adalah
- Qalbu (hati)
- Fiqli (perbuatan)
- Qauli (perkataan)
Bersambung…….
mobima
No comments:
Post a Comment