Bhg. Akhir
Martabat
pertama yang juga dinamakan La Ta’yin juga dinamakan Zat Bakht iaitu memandang
dengan hati akan semata-mata WUJUD ZAT ALLAH TA’ALA dengan tiada iktibar
sifatNya, Asma’Nya dan Af’alNya dengan
sekira-kira ghaib segala alam ini dan hambaNya dengan memandang Allah semata-mata.
Martabat ini adalah pada peringkat Nafsiah pada ilmu Usulludin kerana martabat
zat pada Ulama Tahkik daripada ahli Tasawuf. Dan tiada sampai pada darjat
martabat ini melainkan sentiasa dengan zikir Allah kerana martabat ini
“Martabat Wahdatul Wujud” (Wujud Yang Esa). Kata Sidi Mustafa Al Bakri
Rahimullah Ta’ala:
“Ketahui oleh mu bahawasanya jalan yang terlebih hampir makrifat kepada Allah Ta’ala itu ialah zikrullah. Bahawasanya ahli zikir itu Ahli Allah dan dialah orang yang tertentu hampir dan kedudukan yang hampir dan martabat mereka itu ialah martabat yang dipercayai oleh Allah Ta’ala rahsiaNya dan mencapai mereka itu dengan sebab yang demikian itu akan martabat orang-orang dahulu iaitu mereka yang mendapat petunjuk dan jauh mereka itu daripada jalan yang sesat dan dimurkai”.
Martabat Ahdiah itu juga ialah Martabat Al-Zuhur iaitu martabat semata-mata WUJUD ZAT ALLAH TA’ALA jua dan dinamakan QABIL MUTLAK kerana wujud ALLAH TA’ALA pada martabat ini ghaib daripada akal dan pancaindera.
Martabat wahdah dinamakan juga Takyun Awal (Kenyataan Yang Pertama) dan dinamakan Syu’un Zaatiah ertinya pekerja zat dan dinamakan juga Haqiqat Muhammad dan syu’ul Wahdah Fi Kasrah
Dan martabat ini adalah keadaan sifat maani yang tujuh kerana sifat maani itu martabat sifat. Martabat ini adalah ibarat daripada ilmu Allah Ta’ala dengan Zatnya dan segala sifatnya dan segala yang wujud atas jalan Ijmal iaitu tiada boleh dibezakan setengah daripada setengahnya dan taklik dalam martabat ini takluk Suluhi.
MARTABAT KETIGA : WAHDIAH
Martabat Wahdiah juga dinamakan Martabat Ta’yun Thani ertinya kenyataan yang kedua dan dinamakan juga A’yan Thabitah dan Hakikat Insaniah. Dan dalam ini takluk Ilmu dan Iradat adalah Tanjizi Qadim.
Adapun martabat ini keadaan sifat Maknawiyah kerana sifat Maknawiyah adalah Martabat Asma dan adalah Martabat ini ibarat dari Ilmu Allah Ta’ala dengan Zat dan Sifatnya dan segala makhluk atas segala jalan penceraian dan perbezaan setengah dengan setengahnya.
Maka ketiga-tiga martabat ini iaitu AHADIAH, WAHDAH dan WAHDIAH adalah Qadim lagi Azali kerana ia martabat yang dibangsakan dari ketuhanan. Adapun sekalian makhluk wujud dalam Ilmu Allah jua belum lagi zahir kepada wujud Koriji.
Wujud pada Koriji yakni pada zahir dinamakan dia Wujud Tanjizi dan A’yan Khorijah dan Mumkin atau makhluk atau Alam Hadis seperti firman Allah dalam hadis Qudsi:
كنت كنزامخفيا فاحببت ان اعرف فخلقت الخلق ليعرفون
“permulaan
yang dijadikan oleh Allah Ta’ala adalah Nurku dari Nur Nya” Inilah asal Roh
kejadian makhluk. Peringkat Nur Muhammad ini adalah sesuatu yang halus yang
belum lagi menerima susunan dan belum berbeza setengah dari setengahnya.
Pada peringkat ini perceraian Roh yang tersebut itu kerana asal Roh itu satu jua dan apabila berbilang-bilang didalamnya dengan beberapa rupa yang berbeza maka dinamakan ia Alam Mithal dan dimithalkan oleh Ahli Sufi akan Alam Roh itu seperti laut dan Alam Mithal itu seperti gelombang iaitu ombak laut itu rupanya berbeza-beza tetapi asalnya pada hakikat adalah dari satu jua.
Bahawasanya Alam Roh dan Alam Mithal ini tiada dapat diketahui melalui pancaindera seperti tidak dapat dilihat, dirasa dan dicium. Ia hanya didapati dengan matahati (basyirah) jua dengan Nur Iman yang didalam hati kerana Alam Roh dan Alam Mithal adalah daripada Nur, lainlah dalam Alam Ajsam iaitu didapati dengan pancaindera yang lima.
Dinamakan jua Alam Arwah dan Alam Mithal ini Alam Malaikat dan Alam Ghaib. Dan dengan martabat ini dapat mengenal martabat yang tiga dahulu yang qadim itu. Apabila dapat mengenal tiga martabat yang qadim itu, nescaya dapatlah mengenal Allah Ta’ala dengan sebenar-benarnya.
MARTABAT KEENAM : ALAM AJSAM
Alam Ajsam dinamakan ia Alam Mulki dan Alam Syahadah dan iaitu yang didapati dengan pancaindera lima yang zahir. Ia menerima susunan dari empat perkara iaitu api, angin, tanah dan air.
MARTABAT
KETUJUH : ALAM INSAN
Iaitu alam manusia yang lebih baik kejadiannya daripada segala makhluk seperti firman Allah surah At Tin (95) ayat 4:
Yang
bermaksud, “sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk
sebaik-baik kejadian”.
Dimana Allah telah menjadikan sebaik-baik dan semulia-mulia kejadian bukan sahaja ada nafsu tetapi ada juga akal yang mampu memisahkan yang baik dari yang buruk. Dengan demikian ia dapat mencapai ketinggian martabat INSAN KAMIL iaitu MAQAM RASUL dan ANBIA’. Martabat ini juga dipanggil MARTABAT TAJALLI AKHIR iaitu kenyataan Zahir Allah yang terakhir sekali.
Biasanya bagi seseorang yang sedang mengalami Tajalli, sering timbul dikepalanya banyak persoalan dan dikemukakan persoalan tersebut kepada dirinya sendiri, kemudian didapatinya satu-satu jawapan yang tepat dan memuaskan hatinya, walaupun soalan dan jawapan yang belum didapati itu tidak pernah dialami sebelum ini. Malahan bila dilihatnya sesuatu, maka secara tidak disengajakan timbul dihatinya ilham dan minat untuk mengkajinya, maka disinilah terbitnya soalan dan jawapan dari akalnya sendiri.
Dibandingkan sesuatu itu dengan dirinya sendiri, tentang sikapnya, perangainya, pendiriannya dan sebagainya yang boleh menimbulkan keinsafan besar pada dirinya sendiri terhadap Tuhannya, Allah Azza Wajalla.
Kesimpulannya.
Mengenal Allah dengan sebenar-benar kenal adalah pra-syarat iman dan ibadah. Beribadah tanpa mengenal Khaliq adalah sia-sia sahaja, umpama kita bertungkus lumus bekerja tanpa mengenal majikan.
Untuk mengenal Allah, perlulah kita berilmu, iaitu ilmu-ilmu syariat, tarikat, hakikat dan makrifat, dan supaya yaqin tentang Allah perlulah ada ilmu yaqin, ainul yaqin, haqqul yaqin dan kamalul yaqin. Ilmu mengenal Allah itu merangkumi beberapa kaedah. Dalam penerangan ini, kita memperkenalkan tiga kaedah iaitu:
- Kaedah Mengenal Diri Sendiri
- Kaedah Tajalli Zat
Setelah mengenal Allah maka barulah bermula cinta kita kepadaNya. “tak kenal maka tak cinta”. Apabila sudah kenal, barulah kita melangkah kepada usaha untuk menyempurnakan iman. Apabila sudah beriman secara tanpa ragu-ragu, maka akan beribadahlah kita kepada Allah dengan khusyu’ dan tawadhu’, seterusnya akan sempurnalah ibadah kita, insya’Allah.
Namun begitu, kita berpendapat bahawa mempunyai ilmu tentang Allah itu sahaja tidak akan dapat memantapkan “kenalan” kita kepada Allah atau mencapai tahap “Haqqul Yaqin”, apalagi tahap “kamal-lul-yaqin”. Kita perlu juga bermusyahadah.
Musyahadah ertinya pemandangan atau penglihatan. Kita bermusyahadah terhadap Allah melalui empat cara, iaitu dengan cara:
Dengan penjelasan di atas tentang Iman dan kaedah-kaedah mengenal Allah seperti yang telah dihuraikan di atas tadi, diharapkan telah memberi sedikit sebanyak ilmu berkenaan dengan Allah. Jelaslah betapa pentingnya peranan Iman dan ilmu kepada kita. Tanpa Iman dan Ilmu, kita tidak dapat mengenal Allah, jika tidak mengenal Allah, tidak sempurna ibadat kita kepadaNya.
Sekian, wallahu ‘alam bissawab..
"kertas kerja ini adalah sumbangan usrah subur dalam pembentangan bagi perkhemahan ibadah tahunan"
No comments:
Post a Comment